Wow! Bukan Sajat, Tapi Bella Astillah Yang Jadi Penyanyi Ketiga Dalam Lagu Raya Aliff Syukri Selain Zizi Kirana?

Share

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang bakal melancarkan versi penuh lagu rayanya yang berjudul Jom Balik Raya jam 12.00 tengah hari ini ada memberitahu menerusi Instagram bahawa dia akan mendedahkan siapakah penyanyi wanita lain yang turut tampil di dalam single berkenaan, selain Zizi Kirana.

“Cuba teka siapa dia?? ada kemunculan khas selain @zizi_kirana dalam lagu #jomraya cerr komen kat bawah👇🏻👇🏻👇🏻.. ingatt yaa esok jam 12 tghri hnya diyoutube tvterlajak lariss,” tulisnya.

Bagaiamanapun melihatkan kepada teaser muzik video serta foto ketiga-tiga penyanyinya menerusi posting yang terdahulu, seperti kami dapat membayangkan penyanyi ketiga bukanlah sahabat niaganya, Sajat seperti yang disangka ramai.

Sebaliknya ialah Bella Astillah kerana menerusi beberapa babak, kebaya jingga cair yang dipakainya itu sama dengan muzik video lagu raya berkenaan.

Bahkan Aliff turut mengenakan baju Melayu moden hijau tua menerusi dua posting yang berbeza itu.

Kalau tak percaya, cuba tonton teasernya ini;

Okay, macam ada kelibat Bella Astillah yang sedang bersalaman menerima kunjungan tetamu kan? Apa pun, untuk dapatkan kepastian jom sama-sama tonton versi penuhnya dalam tempoh dua jam dari sekarang seperti yang diberitahu Aliff menerusi Instagramnya, awal malam tadi.

Foto: Instagram Aliff Syukri

IKLAN