‘Kelas kau…!’ Mungkin itulah yang terlintas di fikiran ramai apabila pelawak yang kini bergelar penyanyi, Achey difahamkan telah menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Audi TT buat isterinya sempena ulangtahun kelahiran pada 21 April lalu.

Momen istimewa pasangan suami isteri itu turut dikongsikan mereka menerusi platform Instagram dan foto yang turut memaparkan saat kejutan itu telah pun menerima hampir 50,000 tanda suka!

[GAMBAR] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Audi TT Sempena Hari Jadi? Kelas Kau!!

Pada masa sama, rata-rata peminat yang mengikuti Achey di media sosial turut menyambut baik kejutan hadiah hari jadi buat isteri tercinta dan tidak kurang yang membayangkan rezeki selebriti tersebut kian murah akhir-akhir ini.

[GAMBAR] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Audi TT Sempena Hari Jadi? Kelas Kau!!

IKLAN

[GAMBAR] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Audi TT Sempena Hari Jadi? Kelas Kau!!

Terdahulu, para selebriti juga turut dilihat sama-sama memeriahkan sambutan ulang tahun yang bertemakan sukan dan santai itu. Antaranya ialah Johan, Ozlynn dan Fad.

Selebriti lain juga turut dedikasikan ucapan tahniah buat pasangan terbabit. Seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan aktor, Hairul azreen.

IKLAN

[GAMBAR] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Audi TT Sempena Hari Jadi? Kelas Kau!!

Achey atau nama lengkapnya, Mohd Nasir Hamzah telah pun mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya lebih tujuh tahun lalu. Moga kekal hingga ke jannah ya kalian!

[GAMBAR] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Audi TT Sempena Hari Jadi? Kelas Kau!!

IKLAN

[GAMBAR] Achey Hadiahkan Isteri Kereta Audi TT Sempena Hari Jadi? Kelas Kau!!

Dalam perkembangan lain, pelawak tersebut juga baru sahaja melancarkan single kedua berjudul Makcik Bawang yang kini sudah pun mendapat tontonan lebih 500,000 tontonan kurang seminggu dimuat naik di YouTube.

Foto: Instagram Achey

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI