“Wey Kembar Ayda Lah,”- Sufie Rashid Kongsi Gambar Tunang, Ramai Kata Persis Ayda Jebat!

Share

Terbaru, penyanyi Sufie Rashid atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya. 

Apa yang menarik, penyanyi kelahiran Singapura itu telah berkongsi bersama peminatnya dan mengimbau kembali kenangan bersama dengan tunang tersayang, Nurulain Md Yusof.

“#throwback last year sebelum tunang. This girl beside me stood by me when i fell. Insyaallah this same girl i shall call my beautiful wife in a few months time. Amin.” tulisnya. 

Lantas, perkongsian penyanyi yang berusia 28 tahun itu telah menjadi perhatian peminat apabila melihat gambar tunang Sufie yang persis seperti penyanyi Ayda Jebat. 

 

Terdahulu, Sufie telah bertunang bersama Nurulain pada 15 Disember yang lalu. 

Foto : Instagram Sufie Rashid

IKLAN