Syarikat penerbangan antarabangsa tanah air, Malaysia Airlines (MAS) telah melancarkan video keselamatan terbaharu secara rasmi di laman penstriman YouTube, pada Selasa.

Menariknya lagi, rakaman video demostrasi keselamatan ini turut menampilkan ramai barisan selebriti tanah air antaranya Datuk Yusry Abd Halim, Datin Lisa Surihani, Diana Danielle, Puan Sri Tiara Jaqcuelina, Fiza Thomas dan ramai lagi.

Selain itu, elemen kesenian dan kebudayaan tanah air seperti nyanyian dan seni tarian dikir barat turut diterapkan dalam video keselamatan berkenaan.

“Well Done MAS… Pembaharuan Yang Bagus,” – Lancar Video Keselamatan Terbaharu, Ramai Zahir Rasa Bangga Teruja “Well Done MAS… Pembaharuan Yang Bagus,” – Lancar Video Keselamatan Terbaharu, Ramai Zahir Rasa Bangga Teruja “Well Done MAS… Pembaharuan Yang Bagus,” – Lancar Video Keselamatan Terbaharu, Ramai Zahir Rasa Bangga Teruja

Bukan sahaja meraih perhatian, video keselamatan bertajuk #SatuDuaTigaJom itu turut telah menerima pujian wargamaya.

IKLAN

Rata-ratanya meluahkan rasa teruja dan bangga dengan menitipkan ucapan syabas kepada syarikat penerbangan MAS.

“WOW!! Amazing, creative, sensational. Good Job MAS can’t wait to watch this onboard,” luah teruja seorang wargamaya.

“Congratulation MAS… keep it up… lain dari yg lain safety video baru now tak sabar nak tgk dlm flight plak. Hope this new video will be benchmark MAS to improved better so that can be best airlines in the world mcm dulu2,” titip seorang netizen.

IKLAN

“Well done MAS! Let’s together support MAS. Not just Everyone Can Fly. They put value in their services,” tulis lagi netizen lain.

“Aiyo…gempak betollah video ni. I memang like sangat!!!,” luah wargamaya.

“Well Done MAS… Pembaharuan Yang Bagus,” – Lancar Video Keselamatan Terbaharu, Ramai Zahir Rasa Bangga Teruja “Well Done MAS… Pembaharuan Yang Bagus,” – Lancar Video Keselamatan Terbaharu, Ramai Zahir Rasa Bangga Teruja “Well Done MAS… Pembaharuan Yang Bagus,” – Lancar Video Keselamatan Terbaharu, Ramai Zahir Rasa Bangga Teruja

IKLAN

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 40,000 jumlah tontonan selepas dilancarkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: YouTube Malaysia Airlines

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI