Latihan persediaan sebelum memulakan penggambaran sememangnya akan memudahkan barisan pelakon untuk menghayati watak selain turut akan melancarkan segala urusan.

Malah, para pelakon juga boleh bersedia untuk menunjukkan kualiti lakonan terbaik ketika penggambaran berlangsung.

Ketika ini, pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo sedang giat menjalankan latihan boxing buat barisan pelakon sebelum memulakan penggambaran bagi drama terbaru yang berjudul, Aku Hanim.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram, salah seorang pelakon bagi drama tersebut, Jazmy Juma dilihat mengamuk ketika menjalani latihan boxing bersama jurulatih.

Jazmy telah kerap kali ditegur dek kerana pergerakannya yang dikatakan agak perlahan dan lemah.

Situasi tegang bermula apabila jurulatih menyerang Jazmy secara bertubi-tubi sehingga rebah di lantai gelanggang.

“Welcome To JS, Anda Dinilai Guna Akal Bukan Modal,” – Jazmy Juma Mengamuk Ketika Latihan Boxing, Ini Respon Jinggo “Welcome To JS, Anda Dinilai Guna Akal Bukan Modal,” – Jazmy Juma Mengamuk Ketika Latihan Boxing, Ini Respon Jinggo

IKLAN

Jazmy kemudiannya menengking jurulatih dan mempersoalkan caranya mengendalikan latihan.

“Woi, apa benda ni? Ni training ke apa?,” katanya.

Menurut Jinggo, ini merupakan proses yang harus dijalani oleh setiap pelakon jika ingin membintangi drama terbitan syarikatnya, JS Pictures.

Katanya lagi, dia lebih mementingkan kesungguhan dan bakat seseorang pelakon berbanding rupa paras.

“Sama rata. Lelaki perempuan sama rasa. Lambat, korang mendapat. Cepat, sampai Coach tersekat.

IKLAN

“Sila belajar terima kenyataan. Bukan cantik jadi ukuran. Bukan handsome jadi umpanan tapi bakat yang jadi nilaian.

“Welcome to Js guys. Anda di nilai guna akal. Bukan guna modal,” tulisnyanya.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen di entri yang sama, Jazmy talah membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan kerana tidak mampu mengawal emosi.

“Saya ingin memohon maaf kerana coach dan seluruh team Jinggo. Saya terlalu ikutkan perasaan dan tiada niat untuk bertindak kurang ajar.

IKLAN

“Saya jadikan insiden ini sebagai pengajaran dan saya akan buktikan yang saya mampu untuk menjalani semu ini. Tunggu dan lihat,” katanya.

Sekadar informasi, Jazmy merupakan bintang kelahiran program Hero Remaja 2020 sezaman dengan Nadhir Nasar, Meerqeen dan Aniq Suhair.

“Welcome To JS, Anda Dinilai Guna Akal Bukan Modal,” – Jazmy Juma Mengamuk Ketika Latihan Boxing, Ini Respon Jinggo

Selain Jazmy, drama ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Razzuan Rosli, Elisya Sandha dan Syaidatul Afifah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Jinggo & Jazmy Juma

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI