“We First Met When He Was 10 I Think,”- Shila Amzah Imbau Memori Sedekad Sama Haqiem Rusli

Share

Terbaru, penyanyi Shila Amzah atau nama sebenarnya, NurShahila Amir Amzah telah memuat sekeping gambar di akaun Twitter miliknya.

Shila telah berkongsi gambar ketika dia sedang membuat sebuah program rakaman bersama penyanyi remaja, Haqiem Rusli.

Di samping itu, penyanyi yang berusia 28 tahun itu telah mengimbau kembali kenangan 10 tahun yang lalu bersama Haqiem Rusli.

“We first met when he was 10 I think kasha rasa tua gila.. Cenonet je dia dulu.. Now he’s taller than me and a very talented young artist @HaqiemRusli”

“You’ll get to see our first duet this Saturday, Konsert Minggu ini bersama Shila Amzah, 9pm on tv2! #makyungmenyanyi”tulisnya.

Menurut Shila, ini merupakan kali pertama dia digandingkan bersama Haqiem untuk menyanyikan lagu duet bersama.

Dalam perkembangan lain, Shila kini sedang hamil cahaya mata hasil perkongsian bersama suami tercinta.

Foto : Twitter Shila Amzah

IKLAN