MH pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan kontroversi yang mengaitkan dua nama artis popular bersama kumpulan Elite dahulu sekitar tahun 90-an, Hana Adnan dan Watie Sadali berhubung isu tuntutan hutang.

Nampaknya Watie didakwa masih belum membayar wang berjumlah RM112, kepada Hana seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Selayang pada Oktober tahun lalu.

Watie Masih Belum Bayar Sesen Pun Hutang Hana?

Menurut Hana pada satu sumber, Watie memberikan alasan tidak masuk akal yang kononnya dia tidak mengetahui keputusan tersebut untuk membayar wang berkenaan kepada Hana.

IKLAN

“Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu.

 

“Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut.

 

“Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal,” katanya Mstar Online.

Menurut sumber lagi, pada bulan Oktober yang lalu Watie telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar sebanyak RM112,000 melalui jabatan Insolvensi bagi memadam nama Hana daripada senarai hitam.

Watie Masih Belum Bayar Sesen Pun Hutang Hana?

Wang sebanyak RM112,000 itu perlu dilunaskan dengan jumlah permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki selebihnya harus dilunaskan sebanyak RM2,500 setiap bulan bermula dari Januari hingga Mei 2018.

IKLAN

Tambah Hana lagi, jika Watie masih berdegil untuk membayar wang tersebut maka dia tidak akan teragak-agak untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.

Dalam pada itu Samir Zainal iaitu peguam kepada Hana berkata pihaknya akan cuba menyelesaikan perkara tersebut dengan Watie sebelum membuat sebarang keputusan bagi membawa hal ini ke peringkat lebih tinggi.

IKLAN

“Kami ada bertemu sebelum ini dan dia memberitahu tidak faham dengan perintah selain proses yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan perkara itu.

 

“Keputusan dan perintah dikeluarkan mahkamah tiada masalah cuma sekarang dia perlu ikut perintah itu.

 

“Saya juga difahamkan dia sudah pun melantik peguam untuk mengkaji semula perintah tersebut dan kita lihat bagaimana. Kita sedang tunggu daripada peguamnya dan harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu Hana telah diisytihar muflis pada 1 April 2013 dan tidak dibenarkan ke luar negara kerana Watie gagal melunaskan bayaran kepada pihak bank terhadap sebuah kereta Toyota Wish yang dibeli menggunakan nama Hana.

Menurut Hana, Watie gagal untuk membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan kereta tersebut sejak September 2010.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI