“Watak Jiwai Mereka, Bukan Mereka Yang…,”- Sebab Tak Buang Misai & Alter Uniform Penjara, Wak Doyok Teruk Dikritik

Baru-baru ini, pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok ada memuat naik gambar terbaru di laman Twitter miliknya.

Gambar tersebut memperlihatkan Wak bersama dua orang lagi pelakon iaitu, Hairul Azreen dan Johan Raja Lawak ketika sesi pengambaran Abang Long Fadil 3.

“Filem Abang Long Fadil 3 akan datang di pawagam tidak lama lagi. Komando paskal turun pangkat jadi waden dah,” tulisnya.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila Wak dilihat telah mengubah uniform penjara tersebut mengikut saiz bentuk tubuhnya.

IKLAN

“Dapat baju beso. Aku alter jadi fitting,” katanya lagi.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang dilihat tidak bersetuju dengan tindakkan Wak tersebut yang dianggap seperti tidak professional.

Malah, seorang individu secara terbuka telah mengkritik kredibiliti Wak Doyok sebagai seorang aktor.

“Seluar ikut cutting, misai ikut style sendiri. Bukti pelakon Malaysia, watak menjiwai mereka. Bukan mereka yg jiwai watak.

“Tak nama berlakon sebab tak total ubah identiti. Film seni Malaysia jauh lagi terkebelakang. So I tunggu tv tayang raya je la.

IKLAN

“Ramai kata “alah filem lawak je why so serious, parody je pon, cameo etc”. Arwah Stan Lee pon jiwai Cameo dia.

“Cerita kartun toys story pon lawak tapi ada jiwanya. Sampai terpahat di sanubari kita. Tak jemu nak layan banyak kali,” luah individu tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan respon pelbagai terhadap pandangan individu tersebut.

Terdahulu, filem popular Abang Long Fadil 3 kini sedang giat dalam proses pengambaran yang masih mengekalkan pelakon asal seperti, Zizan Razak dan Wak Doyok serta beberapa muka baru seperti Johan dan Hairul Azreen.