Stesen penyiaran kebangsaan Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC) diperintah Mahkamah Persekutuan untuk membayar ganti rugi sebanyak AUD70,000 (anggaran RM220,000) kepada wartawan bebas, Antoinette Lattouf, selepas pemecatannya daripada tugas sebagai penyampai radio didapati menyalahi undang-undang.
Menurut laporan, keputusan itu dibuat Hakim Darryl Rangiah selepas mendapati tindakan ABC memendekkan tugasan lima hari Lattouf kepada hanya tiga hari tanpa alasan kukuh, merupakan pelanggaran terhadap Akta Kerja Adil (Fair Work Act).
Antoinette dilaporkan disingkirkan daripada siaran selepas berkongsi hantaran di media sosial yang memetik kenyataan Human Rights Watch, menyebut bahawa kerajaan Israel menggunakan kebuluran sebagai senjata perang terhadap penduduk Gaza.
Mahkamah turut diberitahu bahawa tindakan menamatkan tugas beliau dibuat oleh Ketua Kandungan ABC, Chris Oliver-Taylor, susulan aduan yang diterima terhadap hantaran berkenaan.
Dalam penghakiman bertulis, Hakim Rangiah menyatakan pemberitahuan bahawa Antoinette tidak diperlukan untuk baki dua hari siaran merupakan isyarat halus bahawa beliau telah ‘digugurkan’ dari udara.
Ads
“Saya dapati tindakan ABC itu sebagai satu penolakan terhadap kontrak pekerjaan yang sah,” katanya seperti dilaporkan.
Antoinette yang memberikan reaksi sejurus keputusan mahkamah diumumkan menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti bahawa menyuarakan pendapat, walaupun berkenaan isu sensitif, tidak seharusnya dihukum.
Ads
“Mahkamah telah menetapkan bahawa menghukum seseorang kerana menyuarakan fakta berhubung jenayah perang adalah satu kesalahan. Saya menjadi mangsa hanya kerana menyatakan pandangan politik,” katanya.
Perbicaraan turut membongkar komunikasi dalaman ABC yang memaparkan emel daripada bekas pengerusinya, Ita Buttrose, kepada Ketua Editor, David Anderson, berbunyi, “Adakah Antoinette telah digantikan? Saya sudah bosan terima emel tentangnya.”
Ads
Sementara itu, laporan turut mendedahkan bahawa ABC telah membelanjakan kira-kira AUD1.1 juta (RM3.5 juta) wang awam dalam perbicaraan ini, meskipun pernah ditawarkan penyelesaian luar mahkamah oleh pihak Lattouf sebanyak AUD85,000 (sekitar RM265,000).
Dalam kenyataan susulan keputusan tersebut, Pengarah Urusan ABC, Hugh Marks, mengakui kekhilafan pihaknya dan memohon maaf kepada Antoinette .
“Kami kesal dengan cara isu ini ditangani serta tekanan emosi yang ditanggung beliau. Pihak ABC ingin memohon maaf secara terbuka atas insiden ini,” katanya.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia fesyen Indonesia kehilangan sosok penting apabila pereka fesyen terkenal, Hengki Kawilarang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat akibat komplikasi kesihatan yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.
Arwah dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital kira-kira jam 10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB), namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu, sekitar jam 10.16 pagi.
Hengki meninggal dunia pada usia 47 tahun. Menurut kenyataan ahli keluarga, allahyarham menghidap diabetes dan menjalani rawatan insulin sejak sekian lama.
Beliau juga mengalami komplikasi jangkitan pada otak serta masalah kegagalan buah pinggang kronik, dan menjalani rawatan cuci darah secara berkala.
Pemergian arwah turut mendapat perhatian penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti yang menzahirkan rasa dukacita di atas kehilangan itu.
Menurut laporan media tempatan bedasarkan hantaran di akaun Instagram peribadinya, Krisdayanti menulis, “Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu anhu. Turut berduka cita.”
Menurutnya lagi, keikhlasan adalah sebaik-baik pengiring buat insan yang telah kembali ke sisi Ilahi.
“Ikhlas adalah jalan terbaik untuk mengiringi langkahnya kembali ke sisi Allah SWT. Untuk saudara kita, pereka berbakat Hengki Kawilarang,” tulisnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas segala sokongan dan sumbangan arwah terhadap perkembangan karier seninya.
Khabar duka pemergian Hengki turut dikongsi luas di media sosial, dengan pelbagai ucapan takziah mengalir daripada rakan-rakan industri dan peminat yang mengagumi hasil kerjanya dalam dunia fesyen tempatan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas pulih daripada serangan gastrik, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mendedahkan anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa pula kini mengalami masalah sesak nafas.
Menurut Wawa, dia bimbang jika penyakit-penyakit ini berlaku disebabkan ada pihak yang berasa kurang senang dengan perniagaan kek batik yang diusahakan anaknya itu.
“Kesian anak mama. Tiada kahak pun tapi sesak nafas. Dia kata susah nak bernafas. Saya pun tak pasti adakah ini yang di namakan ‘ain’? NauzubillahMinzalik,” tulisnya di Instagram.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aeril Zafriel turut memohon maaf jika dia ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
“Sama minta maaf dan ampun sangat-sangat kalau kehadiran kek batik Hayla membuatkan sesetengah pihak kurang senang.
“Alhamdulillah saya sudah pulih selepas kena gastrik teruk kelmaren tapi Hayla pula ganti sesak nafas,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia sebenarnya tidak mahu namanya menjadi perhatian namun ini merupakan komitmen yang harus dilakukan sebagai usahawan.
“Korang ada tak amalan untuk menghindarkan ain? Jangan cakap jangan posting apa-apa. Sebagai bisnes owner kami la muka hadapan yang kena promote the bisnes.
“Kalau diberi pilihan tak posting apa-apa saya nak. Tak perlu ada socmed pun tak mengapa. Tapi apakan daya, siapa lagi nak promote jualan kita kalau bukan kita sendiri,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain mendoakan semoga Hayla lekas sembuh.
Sabtu lalu, Aeril memaklumkan Wawa telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami gastrik yang teruk.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai apabila berkongsi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, antara individu yang paling takut melihat proses bersalinnya.
Menerusi sepotong video tular berdurasi 46 saat yang dikongsikan di TikTok, penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu mendedahkan, walaupun suaminya tidak menghalang jika dia kembali hamil, namun Datuk K tetap trauma untuk melihat isterinya melalui proses kelahiran.
“Dia okay saya pregnant, tapi dia tak okay bila tengok time saya bersalin. Sebab dia dah fobia,” katanya.
Malah Siti turut menambah, perasaan tersebut mula dialami Datuk K sejak kelahiran anak sulung mereka, Siti Aafiyah.
“Fobia masa saya lahirkan Aafiyah haritu. Tapi masa Afwa pun Datuk K dah berpeluh-peluh dah saya tengok dekat sebelah saya.
“Berzikir, pasang ayat al-Quran, baca dekat telinga saya memang dia orang yang paling cuak. Dia dah fobia sangat.
“So, Datuk K kata kalau saya pregnant dia okay, masa bersalin sahaja dia tak boleh. Tapi okay dah, Allah sudah beri saya yang terbaik,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut pantas menjadi sorotan warganet yang rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata ini.
Perjalanan Penuh Pengorbanan
Terdahulu, Siti dalam satu temubual sebelum ini pernah berkongsi mengenai komplikasi serius yang dilalui sewaktu melahirkan Aafiyah.
Sebagai informasi, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Selepas lebih 10 tahun menanti, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Siti Aafiyah pada Jun 2017, dan anak kedua, Muhammad Afwa pada Ogos 2020.
Kedua-duanya melalui kaedah rawatan IVF (Persenyawaan In-Vitro).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.