Pelakon Taufiq Hanafi memilih untuk terus memperjuangkan bakatnya di dalam dunia lakonan dan enggan terlibat dengan gimik murahan demi meraih populariti.

Menurut Taufiq, pada zaman ini, populariti boleh diraih dengan mudah, lebih-lebih lagi bila seseorang itu melakukan pekara yang kurang cerdik.

“Saya Boleh Lari Bogel Di KLCC, Esok Minta Maaf,” – Taufiq Hanafi

“Itu adalah realitinya. Kebanyakan orang suka membaca berita-berita panas. Namun, kenapa pelakon seperti Beto Kusyairy dan Shaheizy Sam boleh berjaya?

“Apa yang membezakan mereka ini dengan orang-orang yang kejar viral?

“Keputusan di tangan kita. Nak popular memang senang. Saya boleh lari bogel di KLCC dan esok minta maaf. Orang kita ni pemaaf.

“Namun, bagaimana dengan masa depan pula? Kita sanggup hadap ke impak-impak yang bakal berlaku. Jadi, saya memilih untuk tidak terpalit dengan isu-isu panas. Lagi bersyukur bila tiada isu,” katanya kepada MH.

Taufiq berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code, baru-baru ini.

Ads

Tak Kisah Bermula Dari Bawah

Malah, pelakon filem Paskal ini juga memaklumkan dia tidak kisah untuk bermula semua dari bawah demi mendapatkan kepercayaan pengarah dan penerbit.

“Saya Boleh Lari Bogel Di KLCC, Esok Minta Maaf,” – Taufiq Hanafi

“Saya tidak kisah bermula semula daripada bawah. Kalau kena casting sekali pun, saya tiada masalah. Saya seorang pelakan dan mahu jadikan bidang ini sebagai kerjaya.

“Saya bukan nak kejar popular dan buat bisnes. Sampai satu masa nanti, jika saya sudah betul-betul penat, mungkin saya akan berhenti dan cuba perkara lain pula,” ujarnya.

Pada masa sama, Taufiq juga akui impak daripada filem beruniform yang dilakonkan seperti Paskal dan Malbatt: Misi Bakara membuatkan dia tidak dapat lari daripada watak-watak sedemikian.

Ads

“Saya pernah berbual dengan pengarah dan produser, punyalah kuat impak filem uniform saya sebelum ini sampai mereka kata mereka tak buat cerita beruniform.

“Takkanlah mereka lihat saya ini hanya sesuai untuk naskhah beruniform sahaja? Semoga filem Gantung: Musketeer Code membuka jalan dan orang melihat saya sebagai pelakon.

“Saya tak nafikan filem beruniform yang menaikkan nama saya dan rezeki bertambah. Tapi saya juga nak mencuba watak lain pula,” kongsinya lagi.

Ditanya mengenai tawaran lakonan ketika ini, tanpa berselindung Taufiq percaya rezekinya akan datang tidak lama lagi.

Ads

“Saya Boleh Lari Bogel Di KLCC, Esok Minta Maaf,” – Taufiq Hanafi

“Saya bersyukur kerana filem Gantung: Musketeer Code ini keluar sekarang. Kalau tidak, saya hanya duduk di rumah dan belajar tentang ilmu lakonan. Insya-Allah ada rezeki saya nanti.

“Ada memang ada perancangan untuk menceburi bidang bisnes bersama keluarga jika kerjaya lakonan bukan lagi untuk saya.

“Ini mungkin salah satu cara untuk saya survive tapi minat saya masih lagi dalam bidang lakonan,” akhirinya.

Terdahulu, filem Gantung: Musketeer Code bakal ditayangkan di pawagam bermula 5 Jun ini. Ia turut dibintangi barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Hafreez Adam, Shazia Rozaini, Ben Amir, Nelissa Nizam dan Bront Palarae.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI