Wardina Saffiyah Bengang Individu Seksa Kucing – “Masuk Neraka Seksa Binatang Sekian!”

Share

Satu video tular memaparkan aksi seorang lelaki menyeksa seekor kucing baru-baru ini menyentak hati ramai pencinta kucing.

Dalam video tersebut kelihatan lelaki itu dengan sengaja melemparkan batu bata ke atas kepala kucing tersebut selepas diberikan makanan.

Rakaman video berkenaan bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang ramai, tetapi turut menarik perhatian selebriti yang kini bermastautin di Australia, Wardina Safiyyah.

Wardina meluahkan rasa sedihnya sekali gus mengecam tindakan golongan orang yang tidak berhati perut kerana menganiaya haiwan.

Tambah Wardina lagi menerusi Instagram Story miliknya, individu yang suka menyeksa haiwan perlu mendapatkan rawatan mental.

“Individu sebegitu betul-betul sakit. Saya tak boleh tahanlah dengan orang yang menganiaya kucing atau anjing. Jangan seksa haiwan.

“Nak ingatkan saja, buat baik pada binatang boleh masuk syurga, besar pahala.

“Kalau aniaya binatang? Masuk neraka menyiksa binatang sekian! Kita ini semua tidaklah baik sangat. Mungkin dengan jaga kucing dapatlah jalan masuk syurga,” tulisnya.

Dalam pada itu, lelaki yang dirakam dalam video tular berkenaan dilaporkan telah ditangkap oleh pihak polis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini. 

Foto:  Instagram Wardina Saffiyah

IKLAN