Selepas dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Bintang Paling Popular di (ABPBH31) pada 2018, nama penyanyi, Wany Hasrita terus melakar pelbagai kejayaan.
Terbaru, nyanyian duet bersama Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu mengungguli tempat ke-3 di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang lalu.
Bagaimanapun apabila bercakap soal peribadi, bintang memilih untuk tidak terlalu berkongsi.
Mengulas mengenai persoalan tersebut, Wany mendedahkan dia akui kini sedang mengenali hati budi seseorang. Namun segalanya masih lagi di peringkat awal.
Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu lagi, dia sebolehnya tidak mahu terlalu terbuka kerana banyak perkara yang telah dipelajari daripada rakan-rakan selebriti sebelum ini.
“Sebab belum ada yang pasti pun lagi. Kenapa saya tidak mendedahkan, kerana ia lebih kepada pengalaman diri sendiri dan pengalaman artis-artis yang lain.
Ads
“Saya perhati juga dan ambil pembelajaran daripada situ.
“Saya terbuka untuk berkawan dan kini kami masih dalam proses perkenalan. Sebenarnya panjang lagi proses ni. Saya sangat-sangat takut untuk cakap apa-apa.
“Pada ketika ini, ibu pun dah kenal. Bila cakap pasal restu saya pun nervous lagi sebenarnya. Ibu saya pula sangat serius dalam hal ni.
“Yelah saya pun anak tunggal jadi dia mahukan yang terbaik untuk anak dia,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Cinta Khayalan ini berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis pelancaran dan pengenalan duta baru jenama pelitup muka premium, Himaya di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Wany turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya bimbang jika pasangannya diambil orang andai terlalu terbuka bercakap hal cinta.
“Kalau kena caras tu (diambil orang) memang tak baik untuk diri kita. Memang saya redalah kalau berlaku. Terbuka atau tidak itu bukan masalahnya.
“Kalau dah memang ditakdirkan dia diambil orang dan dia pun membenarkan dirinya diambil orang, saya tak boleh nak buat apa-apa.
Ads
“Sebagai seorang selebriti, orang luar akan sentiasa melihat kepada kita. Sama ada jadi atau tidak, lebih baik saya diam. Sampai masanya nanti ia akan jadi juga InsyaAllah, jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Wany mendedah dia berasa sangat teruja apabila dipilih sebagai duta baru Himaya kerana sebelum ini dia sering memakai pelitup muka Himaya hasil pemberian daripada duta pertama, Elfira Loy.
Pada edisi kali ini, pelitup muka Himaya telah didatangi dengan seleksi dua warna baru iaitu Blue Lagoon untuk Erra Fazira manakala Wany pula mewakili warna Apricot Dream.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aishah yang telah berentap di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) menerusi lagu Aku Bidadari Syurgamu ciptaan Ippo Hafiz dan Siti Rosmizah berkongsi cerita bersama peminat di laman Instagram miliknya.
Meski tidak berjaya meraih apa-apa kemenangan di pentas berprestij itu, Aishah atau nama lengkapnya Wan Aishah Wan Ariffin memaklumkan telah cuba memberikan yang terbaik terhadap lagu asal nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.
Pada masa sama, bintang berusia 56 tahun ini mendedahkan pengalaman dan cabaran yang dialami ketika menyanyikan lagu tersebut di pentas AJL35, pada malam Ahad.
“Selesai sudah tugasan utk.menyampaikan lagu Aku Bidadari SyurgaMu.I dah cuba sebaik mungkin.Tapi adat bertanding mesti ada kalah menangnya.Byk cabaran yg dilalui menyanyikan lagu ini.Banyak kenangan pahit manis.
“Contohnya pada malam dress rehearsal kami pertama kali berlatih dgn.jambatan dan ‘air’. Hadoyaiii makcik ni pergilah naik atas jambatan tu,mungkin kerana merenung ‘air’ yg realistic tu tiba2 whoooooshhh rasa satu wave pening Allahuakbar!!!!Cabaran staging zaman sekarang.”
“Punyalah pening macam mabuk laut sampai habis muntah-belilah sampai petang tadi kepala berbuai.Hahahaha takleh jadi nelayan I ni.Petang sebelum last rehearsal kena pergi beli lime juice utk hentikan rasa berbuai tu.Jadinya naik stage tu,I kena hati2 supaya jangan tengok bawah kena tengok straight atau ke atas hahaha.Sungguh mencabar.
“Nanti I akan cerita lagi kenangan menyanyikan ABS….kami tetap tersenyum kerana bagi kami ABS bermakna Aishah Bini Sham hahaha.Always sing from the heart no matter what1 Malam ni boleh tidur lena,” tulisnya panjang lebar.
Rapper, Loca B baru-baru ini ada berkongsi momen manisnya bersama trofi anugerah utama Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) menerusi lagu Gila di Instagram.
Lagu yang dipersembahkan bersama Kaka Azraff dan Noki K-Clique itu dinobatkan sebagai juara, menewaskan 11 buah lagu lain yang bertanding pada malam kemuncak anugerah muzik tahunan itu pada Ahad. Gila dicipta mereka di samping Ezra Kong.
Bagaimanapun apa yang menarik, Loca turut berkongsi sepotong video pendek ‘draf’ awal bahagiannya di dalam lagu berkenaan kepada peminat. Sambil mengenakan telekung dalam rona hijau, Loca dilihat lancar melafazkan bait lirik.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memberikan dedikasi kepada yang terlibat di balik pembikinan lagu berkenaan.
“Swipe to see my first draft of GILA lyrics. It has been a journey. I’m sitting on my couch trying to absorb everything.
“Do I really deserve this? Ezra definitely is a GENIUS. I wrote my part and the flow but it wouldn’t be GILA without Kaka & Noki & Tuju. It’s not mine. It’s OURS. This song is beautiful,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, ada peminat yang turut menzahirkan ucapan tahniah selain berpendapat ia rezeki anaknya yang baru sahaja dilahirkan, Bintang Aiko.
Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat respon Loca.
Foto: Instagram Loca B
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menzahirkan rasa syukur kerana sudah berjaya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad meski apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya.
Jelas Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, dia gembira dengan apa yang dipersembahanlan menerusi lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.
“Walaupun tak seperti yang saya rancangkan, tapi alhamdulillah selesai dan saya gembira dengan apa jua yang saya persembahkan pada malam ini (semalam),” katanya.
Nasib tidak berpihak kepada Nabila pada malam kemuncak anugerah muzik tahunan itu apabila dia ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu tersebut.
Meski pada awalnya dia dilihat berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan agak baik, namun situasi sebaliknya berlaku pada bahagian ‘verse’.
Menerusi video yang dikongsikan mStar, Nabila menyifatkan dia cuba memberikan yang terbaik selain memohon maaf buat yang mungkin kecewa dengan persembahannya itu.
“Saya rasa sudah cuba berikan yang terbaik dan saya sangat berharap kalian dapat emosi yang saya cuba sampaikan pada kalian semua.
“Mungkin saya ada kecewakan beberapa pihak di luar sana. Saya minta maaf tetapi saya memang cuba berikan yang terbaik untuk persembahkan lagu tersebut sebaik mungkin.
“Apa pun alhamdulillah dan terima kasih kepada Hael Husaini dan MFMF kerana Peluang Kedua berjaya sampai ke final. Ia sudah pun jadi saya pencapaian yang besar untuk saya dan kami semua,” katanya.
Terdahulu, insiden Nabila yang tergelincir daripada nota lagu sepatutnya sekali gus menjadi sensasi di media sosial, khasnya di Twitter.
Malah, para pengguna media sosial turut memberikan reaksi pelbagai terhadap persembahannya itu. Ada yang mengkritik, namun ada juga yang memberikan kata-kata positif buatnya.
Sementara itu menerusi Instagram, bintang berusia 29 tahun ini turut meminta maaf kepada pencipta lagu tersebut.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.