Seperti yang semua tahu, Wany baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Sains Perubatan baru-baru ini di Management & Science University (MSU) Shah Alam. Namun dia memberitahu MH Online bahawa dia bakal menyambung pengajiannya ke peringkat Master dalam bidang yang sama.

Wany berkongsi, besar kemungkinan dia akan mengambil sedikit waktu untuk perlahankan perjalanan dalam bidang seni kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran.

Wany Hasrita Cari Peluang Sambung Master

IKLAN

Walau bagaimanapun, Wany masih mencari masa yang sesuai untuk melanjutkan pengajian memandangkan dia terlalu sibuk dengan jadual nyanyian.

“Plan saya selepas ini adalah untuk sambung master dalam bidang yang sama, tetapi masih lagi mencari waktu yang sesuai memandangkan sejak graduasi hari itu, jadual saya terlalu padat.

 

“Macam sebelum ini, nama saya naik betul-betul sewaktu saya tamat praktikal, jadi ia tidak menganggu dan timing itu sangat perfect.

 

“Selepas ini saya ingin ambil full time master dan saya memang akan ‘slow down’ sedikit aktiviti seni supaya dapat tumpukan perhatian pada dunia baru saya, tetapi itulah seperti yang saya katakan masih lagi mencari waktu yang sesuai,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, MH Online turut bertanya adakah maksud di sebalik kata-kata Wany tentang ‘Jangan terbang tinggi’ yang ditulisnya melalui ruangan kapsyen di Instagram.

IKLAN

Jgn terbang tinggi sangat wany, nanti jatuh, sakit.

A post shared by Nurshazwany Hasrita Hasbullah (@wanyhasrita) on

IKLAN

Menurutnya, posting tersebut tidak bermakna apa-apa sebaliknya hanya peringatan pada dirinya untuk tidak terlena dan leka dengan apa yang dimiliki sekarang.

Malah Wany akui dia memang suka menggunakan kapsyen sebegitu supaya semua orang sentiasa berfikir.

“Pasal posting tersebut memang tiada kena mengena dengan orang kata saya sombong atau sebagainya. Sebaliknya ia adalah peringatan pada diri supaya tidak leka dan terlalu selesa dengan apa yang saya dapat sekarang.

 

“Dalam masa yang sama, saya memang suka letak kapsyen seperti sedikit sebanyak buat orang berfikir seperti ini,” jelasnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI