Wanita Tersilap Langkah Dalam Pertunjukkan Api

Share

Seorang wanita Jo Robinson telah menderita apabila badannya melecur dalam kemalangan yang mengerikan ketika dalam satu pertunjukkannya dia telah tersilap langkah.  Kejadian itu secara tidak sengaja telah menjadi mimpi buruk baginya.

Robinson mengalami kecederaan yang teruk di wajah, dada, tangan, paru-paru, kerongkong, hidung dan juga bebola mata selain berdepan masalah jantung.

Sebelum dan selepas kejadian

 

Ketika kejadian, dia telah tersilap mengambil minyak dan bukannya minyak parafin ke dalam mulutnya. Serta merta badanya mula terbakar. Namun, sekiranya dia menggunakan minyak parafin, api tidak akan membakar dirinya dan teknik hembusan api akan menjadi.

ketika persembahan

“Saya tidak sedar apabila badan saya terbakar tetapi saya merasa sangat panas. Saya jatuhkan badan dan berguling untuk memadamkan api.”

 

‘Saya terbakar hanya selama tiga atau empat saat, tetapi ia sangat memeritkan dan kulit saya masih terbakar selepas itu,” jelasnya.

Justeru itu, Robinson dengan segera berlari masuk ke dalam kolam renang di kediaman rakannya sementara rakan-rakan yang melihat kejadian itu membantu menanggalkan pakaiannya yang terbakar dan cuba menenangkannya.

Sebaik sahaja dibawa ke hospital, doktor mula panik dengan pernafasan yang terganggu.Robinson juga dikatakan akan berisiko mengalami serangan jantung.

Hal itu menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan selama dua minggu oleh kerana risiko kesukaran bernafas dan bimbang berlaku jangkitan.

Dia juga sempat memuji British Airways kerana menangguh tiket penerbangannya untuk pulang sehingga dia dibenarkan keluar dari wad. Dia dirawat di Hospital Royal Victoria dan Klinik Aurora.

“ Kini saya lebih berhati-hati walaupun ketika mendekati cerek atau periuk panas,” katanya

Robinson juga dinasihatkan untuk berehat selama enam bulan. Namun, sebagai seorang pelatih dan penari tiang, ianya agak mustahil bagi dirinya.

 

Sumber : Daily Mail 
IKLAN