“Wanita Lain Semua Berebut Nak Jadi Dewi Remaja, Tapi Saya…,” – Kemain Joy Revfa Kasi ‘Pick Up Line’ Sejak Di Lamun Cinta!

Share

Pengasas kosmetik dan ushawan, Joy Revfa menerusi posting di Instagram terbaru ada menulis kapsyen yang berunsur humor khas buat si dia.

Maklum Joy, jika kebanyakan wanita di luar sana berebut untuk menjadi Dewi Remaja, namun dia hanya ingin menjadi ‘Dewi’ di hati dia sahaja.

“Wanita lain berebut nak jadi Dewi Remaja, Tapi saya nak jadi Dewi di hati awal je tau… “tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda palang.

Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, bekas isteri kepada penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun itu dikatakan telah berkongsi beberapa keping foto bersama seorang lelaki bernama Faiz, dipercayai teman lelakinya.

Malah, Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin turut berkongsi pemintaan ibunya supaya cepat-cepat mendirikan rumah tangga.

Foto: Instagram Joy Revfa

IKLAN