Minggu hadapan filem Hantu Wangan arahan pengarah terkenal Ahmad Idham bakal ditayangkan di pawagam bermula 22 Mac.

Pasti ramai yang berfikir filem Hantu Wangan mempunyai kaitan dengan sebuah lagi filem bertajuk KL Wangan yang diarahkan oleh pengarah, Pekin Ibrahim.

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua filem ini tidak mempunyai apa-apa kaitan cuma tajuknya sahaja menggunakan perkataan yang sama iaitu Wangan.

IKLAN

MH berkesempatan untuk bertanya kepada Ahmad Idham berhubung tajuk filem ini dan dia telah memberikan penjelasan yang sangat jelas.

IKLAN

Menurut Ahmad Idham, perkataan Wangan itu hanyalah nama kepada budak-budak kereta dan dunia budak kereta.

IKLAN

Baginya tiada isu jika filemnya menggunakan nama ‘Wangan’ seperti filem KL Wangan.

“Bagi saya, saya tiada isu mengenai tajuk Wangan itu kerana kedua-dua filem ini membawakan genre cerita yang berbeza.

 

“Budak-budak kereta ini sendiri tidak peduli dengan nama Wangan yang digunakan oleh mana-mana filem kerana nama Wangan itu adalah nama budak kereta dan dunia budak kereta dan mereka juga pastinya tidak kisah jika selepas ini banyak lagi filem yang menggunakan nama Wangan.

 

“Mereka tak kisah dan akan sentiasa memberi sokongan pada filem yang mengangkat dunia kereta,” katanya ketika ditemui di majlis pratonton filem Hantu Wangan malam tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Idham juga berkata dulu ada juga filemnya dan filem daripada pengarah lain menggunakan tajuk yang sama seperti Rempit dan Gangster namun mereka tidak pernah bergaduh sesama sendiri kerana menggunakan perkataan yang sama pada tajuk filem masing-masing.

“Dulu abang Badar buat Gangster, saya buat Gangster Celup, Syamsul buat KL Gangster, Sofi Jikan buat Gangster Rock tapi tak ada pula kami bergaduh dan pertikaikan kenapa pakai perkataan yang sama.

 

“Saya buat cerita Rempit dan Datuk Rosyam Nor buat Rempit Sampai Langit,” katanya lagi menjelaskan isu tajuk filem yang digunakan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI