Selepas tiga tahun beroperasi dalam talian, jenama popular tempatan Absolut Chocolat, hasil usaha pelakon Ben Ali dan isterinya, Nadiyah Shahab kini mengorak langkah bersama cawangan stor fizikal pertama di Mid Valley Megamall.

Kios berkenaan dilihat menjadi bukti kelangsungan jenama yang dimiliki anak tempatan berbangsa Melayu yang bersaing secara sihat dan berdiri sebaris dengan jenama besar lain di pasar raya terkenal itu.

Ben selaku Pengarah Urusan syarikat berkenaan berkata, tujuan utama memasuki pasaran ‘offline’ sebagai strategi keluar dari zon selesa.

“Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022 “Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022“Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022

“Ini kerana sektor ‘offline’ terutamanya di dalam pasar raya mega ini didominasi oleh bangsa lain selain Melayu. Lantas ia menjadikan faktor ini sebagai satu cabaran dan batu loncatan kepada kami untuk terus maju kehadapan melalui visi dan misi yang diperjuangkan.

“Walaupun laluan itu tidak mudah bagi sebuah jenama yang dikirakan baru untuk pasaran offline seperti kami, saya optimis.

“Usaha ini juga sebagai langkah permulaan bagi kami untuk membawa nama Absolut Chocolat tidak hanya di Malaysia, bahkan di serata dunia,” katanya.

IKLAN

“Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022 “Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022

“Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022 “Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022 “Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022Ben atau nama penuhnya, Nur Ali Nadzwan menambah, jenama yang baru menerima pengiktirafan oleh Superbrand International dengan menjadi salah satu jenama yang membawa gelaran ‘Superbrand’ di Malaysia itu juga cuba melawan arus.

“Antara sebab lain kenapa kami melebarkan cabang peniagaan ke sektor luar talian (offline) ini selepas melihat kesan pandemik COVID-19. Bagi saya, peniaga offline paling terkesan hingga terpaksa menutup kedai selama berbulan kerana terpaksa akur dengan situasi semasa.

“Di saat banyak perniagaan offline mahu bertukar ke  online, kami pula mengambil langkah sebaliknya. Usaha itu juga sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya apa-apa berlaku pada dunia dalam talian.

“Sekurang kurangnya kami mempunyai sandaran perniagaan offline juga. Siapa pun tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti, dunia perlu menutup operasi ekonomi secara menyeluruh,” katanya lagi.

IKLAN

“Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022 “Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022

“Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022Ben pada masa sama optimis mengharapkan agar jenama ini diterima baik daripada semua lapisan masyarakat.

Sementara itu, Nadiyah selaku Ketua Pengarah Eksekutif pula memberitahu akan ada empat lagi kios fizikal di pusat beli lain sedang dirancang kemasukannya tahun ini.

Cawangan kios yang dimaksudkan ialah di Pavilion KL, Sunway Pyramid, IOI Mall Putrajaya dan Sunway Velocity bermula dari Oktober sehingga Disember 2021.

IKLAN

“Kami juga dijangka akan membuka lima cawangan kios lagi juga di Lembah Klang sebelum April tahun depan. Ia menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10 cawangan bagi suku pertama 2022,” katanya yang bersyukur atas progres baik yang diterima.

“Pada tahun lalu, syukur perniagaan kami tidak terkesan kerana fasa sekatan pergerakan perjalanan pertama menyaksikan kebanyakan masyarakat banyak berbelanja di sektor online.

“Sekaligus, ia menyebabkan kami mencatat  hasil jualan yang tinggi berbanding  tahun sebelumnya alhamdulillah.

“Namun bagi tahun ini pula, aliran perbelanjaan masyarakat dilihat agak sedikit perlahan. Mungkin disebabkan oleh faktor mahu berjimat cermat apabila sudah memasuki fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kami sejujurnya sedikit terkesan,” katanya.

“Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022 “Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022 “Walaupun Laluan Tidak Mudah…,” – Sukses Jenama Dah ‘Masuk Mall’, Ben Ali & Isteri Optimis Target 10 Cawangan Kios Sebelum April 2022

Absolut Chocolat berdaftar di bawah Absolut Brands Sdn Bhd sejak 18 Februari 2018 itu diusahakan pasangan suami isteri berkenaan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI