“Walaupun Ifa Seorang Pendosa, Jahil Dan Tak Berhijab…,” – Niat Suci Ifa Raziah Panjangkan Doa Peminat Saat Di Tanah Suci

Share

Selebriti versatil, Ifa Raziah menerusi posting terkini menerusi Instagram ada berkongsi beberapa perbualannya bersama pengguna media sosial di Direct Message Instagram berkenaan dengan harapan dan doa mereka.

Difahamkan, pendedahan tersebut dibuat penyanyi Terus Terang ini yang mana rata-ratanya memohon bantuan Ifa supaya dipanjangkan doa di tanah suci ketika dirinya menunaikan umrah baru-baru ini.

Kongsina, dia tidak pernah meminta upah untuk menyampaikan doa yang dikirimkan, semuanya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT.

“Salam Jumaat yg Barakah..Sepanjang ifa menunaikan Umrah..tidak pernah meminta upah utk menyampaikan doa yg dikirimkan kpd ifa..Semuanya dibuat secara ikhlas kerana ALLAH SWT.

“Dengan niat dpt membantu insan2 lain yg memerlukan pertolongan melalui ifa walaupun mereka bukanlah PEMINAT SETIA IFA RAZIAH tapi atas dasar PERI KEMANUSIAAN ifa mengangkat kedua2 belah tangan memohon semoga hajat mereka termakbul di depan KAABAH…

“Alhamdulillah berkat Doa ifa di hadapan kaabah.. Akhirnya Allah SWT makbulkan setiap permintaan Hambanya.. Walaupun ifa ni seorg PENDOSA dan JAHIL & ifa tidak berhijab..

“Walaupun kekadang tidak cukup solatnya ketika dahulu tetapi Allah SWT memandang keikhlasan hati ifa bukannya tudung di atas kepala ifa. MASYALLAH.. Subhanallah..
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH,” tulisnya.

Foto: Instagram Ifa Raziah

IKLAN