Datin Seri Nur Shahida mengesahkan dia akan menyerahkan kembali salah seorang anak angkatnya, Qayyum kepada ibu kandung.
Sebentar tadi menerusi Instagram, usahawan inj memuat naik kapsyen beserta foto penuh emosi.
“Bye2….waktu saya post ni mungkin yom dah ada di pangkuan mak dia… sorry sayang mama x dapat hantar!!
Ads
“Mama doakan yom jadi anak yg soleh dan membahagiakan ibu bapa yom…mama halalkan air susu mama utk yom……mama minta maaf kekurangan mama jaga yom dan mungkin x sebaik ibu yom jaga!!!
“Ada rezeki kita jumpa ya sayang!!x jumpa di dunia kita jumpa di syurga(kalau mama masuk syurga la!, tulisnya.
Seperti dijangka, filem mengisahkan mengenai kumpulan muzik legenda, Queens serta penyanyi utamanya, Freddie Mercury, Bohemian Rhapsody muncul sebagai Filem Terbaik di Anugerah Golden Globes 2019.
Selain itu, pelakon yang melakonkan watak Freddie, iaitu Rami Malek turut diumum sebagai pelakon terbaik di anugerah tahunan.
“Saya sangat-sangat terharu kini, jantung saya berdegup sampai nak terkeluar rasanya,” katanya ketika menerima anugerah tersebut.
Apa-apapun, MH ingin berkongsi senarai penuh pemenang pada anugerah itu yang diadakan di Beverly Hill Hilton serta dihoskan oleh Sandra Oh dan Andy Samberg pada malam Ahad.
Anugerah Cecil B.DeMille -Jeff Bridge
Anugerah Carol Burnett – Carol Burnett
Filem Terbaik- Bohemian Rhapsody
Filem Terbaik Kategori Musikal/ Komedi – Green Book
Filem Terbaik Kategori Animasi – Spiderman: Into The SpiderVerse
Filem Terbaik Kategori Bahasa Asing – Roma (Mexico)
Pelakon Terbaik Filem Wanita – Glenn Close, The Wife
Pelakon Terbaik Filem Lelaki – Rami Malek, Bohemia Rhapsody
Pelakon Terbaik Filem Kategori Musikal/Komedi Wanita – Olivia Colman, The Favourite
Pelakon Terbaik Filem Kategori Musikal/Komedi Lelaki – Christian Bale, Vice
Pelakon Pembantu Wanita Filem – Regina King, If Beale Street Could Talk
Pelakon Pembantu Lelaki Filem – Mahershala Ali, Green Book
Pengarah Terbaik- Alfonso Cuaron, Roma
Skrip Terbaik Kategori Filem – Brian Currie, Peter Farelly dan Nick Vallelonga, Green Book
Lagu Original Terbaik- Shallow, The Star Is Born
Muzik Terbaik Kategori Filem – Justin Hurwitz, First Man
Drama Terbaik- The Americans (FX)
Siri Drama Terbaik – The Kominsky Methos (Netflix)
Pelakon Terbaik Wanita Kategori Drama – Sandra Oh, Killing Eve
Pelakon Terbaik Lelaki Kategori Drama- Richard Madden, Bodyguard
Drama Terbaik Kategori Musikal/Komedi- Rachel Brosnahan, The Marvelous Mrs.Maisel
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Siri- Michael Douglas, The Kominsky Method
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Patricia Clarkson, Sharp Objects
Foto/Carian Google
Sumber: Enews!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rata-rata netizen menasihati kepada Zul untuk berhenti merokok terus demi menjaga kesihatan.
Bukan itu sahaja, netizen juga turut memberi semangat dan dorongan kepada Zul untuk berhenti daripada merokok.
Alahai, sayang betul peminat-peminat kepada Zul.
Diharapkan Zul akan sentiasa cekal dan bersemangat untuk melakukan suatu perubahan yang membawa kepada kebaikan.
Untuk rekod, Zul kini sedang mempromosikan filem terbaru lakonan Zul yang berjudul Misteri Dilaila yang akan ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari 2019.
Turut sama terlibat di dalam filem seram berkenaan ialah Elizabeth Tan.
Foto : Instagram Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.