“Waktu Baru Kahwin, Dia Selalu Bawa Pisau Dalam Kereta…,” – Gelagat Aliff Syukri Dibongkar Isteri. Rupa-Rupanya Ini Sebabnya!

Share

Isteri kepada Datuk Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memberitahu suaminya akan memberi pokok tanaman atau hiasan sekiranya dia rasa gelisah atau mahu menghiburkan hati.

Gelagat unik suaminya dikongsi Shahida menerusi salah satu postingnya menerusi Instagram.

“Bila dia gelisah atau nak hiburkan hati dia akan beli pokok… @aliffsyukriterlajaklaris ni mmg suka pokok…. dulu2 waktu baru kahwin masa nak pergi mana2 dia selalu bawa pisau dalam kereta….rupanya dia suruh saya potong atau cabut anak2 pokok tepi jalan tu nak tanam kat rumah…dia kata nak beli ni mahal kalau ambik anak2 semai jimat duit…..

“Lepas tu pandai pula tu…kita yg disuruh turun…dia tunggu dalam kereta….takut la tu kantoi. Alhamdulillah sekarang dah lama x buat kerja gitu ?sebab ada rezeki Allah bg nak beli pokok bunga,” tulisnya.

Terdahulu, Aliff baru sahaja kehilangan bapa tersayang, Kamarzaman Kamaludin beberapa hari lalu.

Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung tahap tiga dan paru-paru berair.

Foto: Instagram Datin Seri Nurshahida

IKLAN