Bagi mereka yang bergelar remaja sekitar tahun 2000 pasti sangat mengenali kumpulan rock Linkin Park di mana lagu mereka sering menjadi siulan ramai.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita kematian penyanyi utama kumpulan ini, Chester Bennington yang ditemui dalam keadaan tergantung di sebuah rumah yang terletak di Los Angeles, California.
Menurut laporan CNN Entertainment, Chester yang dalam keadaan tergantung ditemui pada hari khamis lebih kurang jam 9.00 pagi.
Terdahulu, kumpulan rock ini ditubuhkan pada tahun 1996 namun Chester mula menganggotai kumpulan ini pada tahun 1999 sehinggalah sekarang sebelum kematiannya.
Sedikit info tentang Chester, dia dilahirkan di Phoenix, Arizona dan ibunya merupakan seorang jururawat manakala bapanya pula seorang polis.
Chester mula berminat dengan bidang muzik bermula dari remaja lagi dan kumpulan ‘Depeche Mode’ serta ‘Stone Temple Pilots’ telah menjadi inspirasi buat dirinya.
Setelah beberapa lama melibatkan dalam bidang muzik suatu ketika dahulu, Chester hampir berputus asa namun apabila Jeff Blue, naib presiden A & R di Zomba Music di Los Angeles menawarkan dia untuk menyertai sesi uji bakat untuk menganggotai kumpulan Linkin Park segalanya berubah setelah dia berjaya dalam uji bakat tersebut.
Pada tahun 2000 Linkin Park telah melahirkan sebuah album yang bertajuk Hydbrid Theory dan semenjak daripada itu mereka mula dikenali dan disukai ramai.
Pastinya ramai yang bersedih dengan berita kematian Chester ini terutamanya buat peminat-peminat kumpulan Linkin Park.
Antara lagu yang sering menjadi siulan adalah Numb, In The End, Crawlling dan banyak lagi.
Sumber: CNN Entertainment
https://www.youtube.com/watch?v=phVQZrb2AdA
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI