Penyanyi Black Hanifah dan Adira Suhaimi bergabung dalam sebuah lagu duet balada berjudul Memilih Kamu, hasil ciptaan komposer Mas Dewangga dan Jova Devito.

Berkongsi mengenai interpretasinya, Black menjelaskan lagu ini mengangkat kisah persahabatan antara lelaki dan wanita yang tersembunyi rasa cinta.

“Lagu Memilih Kamu mengisahkan tentang sepasang sahabat seorang lelaki dan seorang wanita. Dalam hubungan persahabatan itu, si lelaki sebenarnya menyimpan perasaan terhadap wanita tersebut.

“Namun begitu, wanita itu pada waktu yang sama sudah mempunyai teman lelaki atau pasangan lain.

“Lelaki itu pula memilih untuk tidak meluahkan perasaannya. Dia hanya memerhati dari jauh, memilih untuk menyokong dan mendoakan kebahagiaan wanita itu.

“Tetapi dalam diam, dia turut berasa sedih apabila melihat hubungan wanita tersebut dengan pasangannya mulai retak dan bermasalah.

“Menariknya, di penghujung cerita, akhirnya mereka disatukan juga. Lelaki itu akhirnya dapat bersama dengan wanita yang selama ini disayangi dalam diam. Alhamdulillah,” kata Black.

Sementara bagi Adira pula, lagu ini menyimpan makna cinta yang tidak kesampaian.

“Lagu ini berkisar tentang cinta, cinta kepada seseorang yang tidak kesampaian.

Ads

“Namun begitu, individu itu tetap mahu menyampaikan perasaannya, bahawa walaupun mereka tidak bersama, dia akan sentiasa ada dan menyayangi dari jauh.

Begitulah maksud yang ingin disampaikan,” katanya.

Vokal Black & Adira Akhirnya Bersatu, Komposer Mas Dewangga; “Lagu Ini Memang Dicipta Khas Untuk Mereka.” Vokal Black & Adira Akhirnya Bersatu, Komposer Mas Dewangga; “Lagu Ini Memang Dicipta Khas Untuk Mereka.”Vokal Black & Adira Akhirnya Bersatu, Komposer Mas Dewangga; “Lagu Ini Memang Dicipta Khas Untuk Mereka.” Vokal Black & Adira Akhirnya Bersatu, Komposer Mas Dewangga; “Lagu Ini Memang Dicipta Khas Untuk Mereka.”

Proses Rakaman & Kenangan Indah

Dirakamkan secara berasingan, Adira menyifatkan karya ini sebagai sesuatu yang berbeza daripada lagunya sebelum ini, namun tetap menyentuh jiwa.

“Kalau nak kata susah, sebenarnya tidaklah terlalu sukar. Ini kerana, melalui liriknya sahaja kita sudah boleh merasai emosi lagu tersebut.

“Tambahan pula, sebelum sesi rakaman dijalankan, kami sudah menerima demo lagu tersebut terlebih dahulu.

Ads

“Jadi, walaupun saya dan Black tidak merakam secara bersama di studio, tetapi feel lagu itu tetap sampai. Alhamdulillah,” katanya.

Black pula menggambarkan proses rakaman berjalan lancar dan ringkas.

“Ini pengalaman pertama saya bekerjasama dengan Mas Dewangga. Mereka ini lebih muda daripada saya, tetapi cara kerja mereka sangat profesional.

“Proses rakaman pun tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang 45 minit sahaja sudah siap dirakam sepenuhnya.

“Apabila mendengar hasil akhir lagu ini, saya rasa ia memberikan satu bunyi dan warna baharu yang berbeza daripada lagu-lagu saya sebelum ini.

“Ia memberikan nafas segar dan kelainan yang saya sendiri tidak sangka,” katanya.

Ads

Bagi penggambaran muzik video, Black berkongsi pengalaman istimewa di Bukit Fraser.

“Penggambaran muzik video untuk lagu ini agak mencabar dan unik. Saya perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bertolak ke Bukit Fraser.

“Kami tiba di lokasi sekitar jam 7 pagi, dalam keadaan masih gelap. Antara yang terawal tiba, kami perlu menunggu sehingga sekitar jam 9 pagi barulah penggambaran dapat dimulakan.

“Lokasi penggambaran memang cantik, dikelilingi pokok-pokok besar dan suasana yang nyaman. Namun begitu, pengalaman itu memang berbeza dan akan dikenang,” katanya.

Menurut komposer Mas Dewangga, lagu ini dicipta khusus untuk Black dan Adira.

“Lagu ini memang dicipta khas untuk Black dan Adira kerana ia merupakan lagu tema (OST) untuk sebuah drama.

“Saya telah diberikan sinopsis drama terlebih dahulu, jadi saya tahu siapa penyanyinya sejak awal dan proses penciptaan memang dirangka bersesuaian dengan mereka berdua,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads