Bakal menjalani pembedahan tulang belakang pada awal November ini, penyanyi Zamani Ibrahim, 51, dilihat masih lagi aktif memenuhi undangan persembahan yang diterimanya.
Terbaharu, vokalis kumpulan Slam itu diundang menjayakan persembahan di Pesta Orkid, Dataran Rompin, Pahang yang diadakan pada Isnin lalu.
Menerusi satu video yang tular di TikTok, ia mengundang rasa sebak di kalangan peminat Zamani apabila menyaksikan penyanyi itu sukar untuk turun dari pentas sebaik selesai membuat persembahan sehingga terpaksa didukung.
Rata-rata peminat yang melihat rakaman itu melahirkan perasaan sedih dan sebak malah turut mendoakan agar pembedahan yang bakal dilalui Zamani nanti berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.
Ads
“Kebetulan saya ada di situ dan sempatlah rakam. Nak ajak selfie tak sampai hati tengok keadaan dia. Semoga diangkat segala kesakitan dan diberi kesembuhan kepada Zamani,” ujar pemilik video berkenaan, @azuraudanggalah.
“Allahuakbar. Ya Allah berilah dia kekuatan dan permudahkan segala urusan buatnya. Amin.
“Sedih lihat keadaan Zamani sewaktu habis show malam tadi (Isnin) di Dataran Rompin.
Ads
“Orang yang sakit tulang belakang sahaja tahu macam mana rasa dia. Saya yang bengkok sikit pun orang nampak jalan kita tak betul, lagikan Zamani,” komen beberapa netizen.
Ads
Zamani dijadualkan menjalani pembedahan pada awal November depan akibat masalah tulang belakang melengkung atau skoliosis yang dideritanya sejak 2019.
Penyanyi itu sempat mengadakan konsert solo, Konsert Doa Buat Zamani Unplugged pada 30 September lalu dan terakhir pada hujung bulan ini bersama beberapa artis lain di Istana Budaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon sensasi, Emma Maembong ada berkongsi beberapa keping fotonya bersama anak buah saat berkunjung ke taman tema Universal Studios di Singapura.
Rombongan cuti bintang terbabit turut disertai ahli keluarganya yang lain. Sedia dikenali sebagai adik-adik yang cukup rapat di antara satu sama lain, gelagat Emma bersama anak buahnya turut menjadi perhatian ramai.
“When in doubt choose the kids, there will be plenty of time later to choose work ? @ariannanatasya terlalu happy dpt mask bumblebee , @mayaadoniajournal,” tulisnya di Instagram.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan anak buahnya itu.
Jom usha gelagat mereka bertiga!
Foto: Instagram Emma Maembong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebagai penghibur, Norazlina Amir Sharipuddin atau Amelina mengakui ada ketikanya dia terhibur melihat gelagat para peminat tiap kali dia membuat persembahan pentas.
Menurut Amelina, penonton yang menyaksikan persembahannya sentiasa mencuit hati, sporting dan menghiburkan.
Namun begitu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Rindu ini tetap profesional membuat persembahan.
Bagi ibu kepada enam orang cahaya mata ini, dia harus tetap menyantuni mereka dengan baik dan mesra.
“Kaklong ni kalau buat show tapi kaklong juga yang mudah terhibur.
“Kadang-kadang mengekek-ngekek atas stage bila tengok penonton & peminat yang ada macam-macam gelagat. By the way itu lah be nice to everyone,” tulisnya di Instagram.
Penyanyi, Datin Alyah meluahkan rasa apabila satu postingnya bersama ahli keluarga suami, Datuk Ramli MS mendapat reaksi pelbagai netizen.
Meski ada yang memberi reaksi positif terhadap perkongsian berkenaan, namun masih ada yang spektikal hingga mengundang rasa sedih penyanyi Meluruh itu.