Pada 1 April yang lalu, pelakon, Yatt Hamzah telah selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga selepas kandungannya ‘overdue’ selama 13 hari.

Bayi ketiganya ini dilahirkan secara normal di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.10 tengahari.

Terbaru, Yatt menerusi akaun Instagramnya telah berkongsi video yang merakamkan detik-detik dia melahirkan puteri ketiganya itu.

Menurut Yatt, dia berharap video yang dikongsikan olehnya ini dijadikan sebagai inspirasi buat pasangan suami isteri yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata buat pertama kali dan juga sebagai pengajaran buat anak-anak tentang pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya.

IKLAN

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar! Saya dengan rendah hati share moment detik2 cemas sebelum melahirkan #LilSuci #LilMujahidahSuci #BabyYH pada 1 April 2018 lalu tepat jam 12.10 pm.

“Hanya dengan 1 niat, agar ia dijadikan inspirasi buat para ibu ayah, yang bakal menimang cahaya mata buat kali pertama dan pengajaran buat anak2. Wallahi sungguh besar pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.

 

“Sungguh tulus suci cinta mereka. Bila sudah menjadi ibu, barulah faham kasih dan pengorbanan ibu kita dahulu. Wahai para suami, hargailah dan cintailah isterimu kerana dia berjuang dengan nyawanya utk memberikanmu cahaya mata sbg waris legasimu.

 

” Tahniah IBU, kalian Mujahidah yg kuat. Semoga anak2 jadi syafaat utk mu ke Syurga. Ameen.

 

“Perhatikan tali pusat yg melilit 2 kali leher #babyYH #LilSuci Alhamdulillah Allah selamatkan anak Bonda. ALLAHUAKBAR!,” tulis Yatt di ruang kapsyen perkongsiannya.

Sayu pula hati MH selepas melihat video yang dikongsi oleh Yatt ini, sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu sangat besar sehingga sanggup bertarung nyawa bagi melahirkan zuriatnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Yatt juga turut mengumumkan nama puterinya ini pada perkongsiannya yang paling terbaru iaitu Suci Hayfaa Medina.

IKLAN

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

 

“Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, Bonda akan isytiharkan nama #LilSuci pada hari ke – 7 iaitu Ahad 8 April 2018 sbg mengambil keberkatan sunnah Rasulullah SAW.

 

“Alhamdulillah Bonda dan Abah @zul.autkaz sepakat menamakan #babyYH #lilMujahidahSuci dengan nama SUCI HAYFAA MEDINA..❤

 

“Ada sesiapa tahu maksudnya???

 

“Semoga jadi Mujahidah Solehah, Hafizah yang cintakan Al-Quran. Ameen.

 

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar,” tulisnya.

MH doakan Suci Hayfaa Medina menjadi anak yang solehah buat ibu dan bapa serta sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat.

Sumber: Instagram Yatt Hamzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI