Pelakon jelita Raja Ilya telah memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Ilya berkongsi satu rakaman video ketika suaminya, Garrett memakan buah durian buat kali pertama.
“Ini di record Sebelum bulan puasa .. haha ini first time tengok dia Makan Durian ,itu pun sebab kan Scene ,Kalau Tak jenuh gak nak paksa dia rasa .. Akhirnya @sasitharan_k_rajooberjaya convince husband ilya rasa Durian . … #lifestyleoflove #marriedlife”tulisnya.
Sedang melalui fasa baru sebagai ibu bapa, pengacara dan model, Dr. Say Shazril kagum dengan tenaga dan semangat isteri dalam memenuhi kehendak bayi yang baru lahir.
Ulasnya, walaupun baru tiga hari bersalin secara pembedahan, namun wanita itu aktif naik turun tangga, malah menolak untuk menggunakan khidmat bidan berpantang.
“Topik : Biniku Superwoman
“Sejak kelahiran baby ni, sy perhatikan bini sy berlain dgn d bini dat i used to know. Bini sy bersalin caesar & berdasarkan pengalaman kedoktoran sy, ibu2 bersalin caesar kebnyknny mengambil masa tuk actively bergerak sb yelah rahim + perut kena belah kut.
“Tp bini sy hari ke-3 bersalin dh naik turun tangga like nothing happened. Berbuih mulut sy nasihatkan dia peeps to take it slow tp die reply “im fine” maka sy pun “fine la then” (bini pas bersalin always right bro).
“Di samping tu, rmi ibu2 dm sy recommend confinement lady (mak bidan kut) mrk tp bile sy smpikan pd bini, die reply “i nak cuba do things on my own selagi i mampu plus i xgemar ade org xdikenali kt rumah kite”, sy pun sekali lagi “fine la then” (dh ckp bini always right td kan).
“Tp yg sy paling kagum, kami set jadual yakni dia amik shift mlm & sy shift pagi. Knkdg kol 2pg wlpn baby xnangis, bini sy dh bangun dlu tuk feed baby & sy hanye mampu tlg sikit2 sblum sy terkiok balik only to bangun at 5am tuk sahur.
“Tu pn bile sy bgun, sy tgk baby sdg disusu bini yg got me wondered, “mane dtg tenaga bini aku ni? Org lain ke yg bersalinkan baby aku ni?”
Terharu dengan pengorbanan isteri, doktor viral ini mengakui tiada apa yang boleh menggantikan peranan seorang ibu.
“Sb selama ni, bini sy agak dependent kpd sy, sy yg in control, sy yg alpha. Tp lpas bersalin, bini ibarat otak & sy ibarat otot. Tanpa otak matilah otot, sama spt skng, tanpa bini matilah suami.
“Skng baru sy sedar yg bini sy is no longer a bini but she is now a MOTHER. Maka post ni ditujukan kpd semua ibu di luar sane yg no husbands can ever replace a mother’s role cz pengorbanan yg telah & sedang kalian lalui tiada tandingan.
“Bak pepatah, “It’s not easy being a mother. If it were easy, fathers would do it”. I love you more than i ever did in my life, my lovely wife & mother to my son @azuraabas,” tulisnya
Walaupun terkesan dengan tulisan ini, netizen menyatakan ketidaksetujuan atas tindakan pasangan ini yang tidak mahu menggunakan khidmat bidan untuk berpantang.
Setiap orang punya cara tersendiri, betul di mata kita, tidak semestinya betul pada mata orang lain. Raikan perbezaan pendapat
Foto : Instagram Dr Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi entri terkini primadona Erra Fazira, bintang ini telah berkongsi satu video bersama peminatnya di akaun Instagram.
Dapat dilihat, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek sedang membuat rakaman suara untuk satu iklan projek jenama tudung, lengkap dengan gerak-geri tangan bagi menyampaikan ekspresi.
“Walau hanya suara yg nak dirakam.. tapi feel kena inject.. so pelbagai gaya berlaku dlm studio.. tak kira nyanyi, dubbing or voice over… within 30secs kena cover all points.. perghh berbelit jugak laaa lidah! sikit lagi suara doremon saya nak keluar.”
“Ini baru manja2.. kalau ala2 bergaduh, atau meraung atau menangis.. mmg bagai nak rak jugak aksi nya.. kita lak sejenis feel terlebih,” tulisnya.
Pada masa sama, Erra turut menjelaskan hal sama turut dilakukan meski untuk babak aksi.
“Walau sorang2 dlm studio tapi kalau buat action, lebam2 jugak la badan. Acanner tu?? .”
“Anyway, done VO for @sofearose_hq .Thank you to our brother @hafizhamidun .. dengan awak.. kerja jadi mudah .@SOFEAROSE_HQ .#SOFEAROSEXPRIMADONNA,” tulisnya panjang lebar
Pelakon, Sharnaaz Ahmad awal tadi ada memaklumkam di Instagram, meminta orang ramai yang berkelapangan hari ini untuk sama-sama melakukan solat hajat buat anaknya, Jebat Jayden.
Solat Hajat berkenaan dibakal dilakukan di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
“Sesiapa yg free dan berdekatan boleh jemput hadir di masjid asy-syakirin (klcc) malam ini, selepas solat tharawikh lebih kurang jam 10 lebih.
“Dijemput solat tarawikh bersama.. sama sama membantu di bulan mulia ini. Untuk yg belum tahu, jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia.. dah selesai jalani operation.
“Namun tak recover dgn baik.. tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari,” tulisnya lagi.
Lalu, rata-rata pengikutnya turut mendoakan kesejahteraan buat Jebat.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!