[VIDEO] “Sorry Nampak Messy,”- Gelagat Si Ibu Eina Azman ‘Berperang’ Di Dapur, Dedah Skill Memasak. Anak Pula Menangis!

Share

Pelakon dan usahawan, Datin Paduka Eina Azman telah mendedahkan kemahiran memasaknya secara live (IGTV) di Instagramnya.

Video berdurasi hampir 10 minit itu melihatkan gelagat Eina yang sedang ‘berperang’ di dapur untuk menyediakan menu siput sedut masak lemak cili padi.

“Siput Masak Lemak Cilipadi

“Assalamualaikum semua, hey guys .. so this is Eina first time upload for IGTV.. a lot of you guys been wondering how it looks like behind the scene of Eina memasak..

“First of all sorry for the messy look as I just got back from workout.. so here u go.. ?? this video no edit ya .. so everything is live including Aubreykarl crying and all in between the session haha..

“Yes guys .. as a mum i still need to ke sana and sini during memasak sama mcm u all.. enjoy ! #itsdonebyeinaazman,” tulis Eina. 

Dalam pada itu, kesibukan Eina bukan sahaja memasak di dapur, malah dia juga perlu menguruskan anaknya, Arianna Aubrey yang kedengaran sedang menagis.

Lalu, netizen telah memberi komen yang pelbagai terhadap gelagat Eina yang dilihat sempoi ketika memasak (hanya mengenakan T-shirt berwarna kelabu, rambut diikat dan apron berwarna merah jambu).

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir setengah juta tontonan.

Malah, netizen turut terhibur dengan telatah Eina yang tidak putus-putus berkongsi resepi masakannya itu.

Video : Instagram Eina Azman

IKLAN