Semalam pelakon cantik, Mawar Rashid telah selamat disatukan bersama pasangannya Raff Yaakon dengan sekali lafaz akad nikah.

Melihat keserasian mereka berdua walaupun berbeza status dan usia, membuatkan MH Online tertanya-tanya apa yang menyebabkan Mawar ingin menghabiskan masa bersama pasangannya.

Menurut Mawar, perkara yang paling dia suka mengenai Raf adalah ilmu agama yang dimilikinya selain itu Raf juga merupakan seorang yang sangat penyayang.

Bagi Raf pula, Mawar seorang mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun yang membuatkan hati Raf tertawan.

IKLAN

Tambahnya lagi, Raf mengagumi kemesraan antara anak-anaknya bersama Mawar kerana anak-anaknya sukar untuk bermesra dengan orang yang baru dikenali.

Tidak dapat dinafikan kelembutan Mawar itu, setiap kali dia membuka bicara pasti setiap yang mendengar akan terpesona dengan kelembutan dan kesopanan yang dimilikinya.

IKLAN

Dalam majlis nikah pasangan ini semalam, hanya dengan sekali lafaz Mawar sah menjadi isteri kepada Raf.

IKLAN

Raf telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM900 berserta tujuh dulang hantaran kepada pihak pengantin perempuan dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran. Namun begitu jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Jom lihat video ini untuk tahu lebih lanjut tentang pasangan ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI