Seperti yang semua tahu, sebentar sahaja lagi majlis majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik puteri kesayangannya Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan berlangsung.

Majlis ini merupakan antara majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat serta media kerana buat julung kalinya kita dapat menyaksikan wajah penuh puteri kesayangan ramai ini.

Bukat itu sahaja, malah malam ini juga semua rakyat Malaysia akan mengetahui siapakah nama penuh si comel pipi merah ini.

IKLAN

Okay tak nak cakap banyak, nah korang tengok sendiri persiapa-persiapa mereka untuk malam ini.

IKLAN

 

IKLAN

Dalam pada sibuk melakukan persiapan untuk malam ini, Siti juga sempat memuat naik gambar wajah anaknya terkini.

Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini. . Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. . Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. . InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam. Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua. #usia7hari #babyCTDK

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI