Baru-baru ini, tular sepotong video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan pelawak Man Pos seakan-akan meluahkan isi hatinya.
Video berkenaan mendapat perhatian ramai dan ada yang menganggap Man seakan kecewa kerana tidak dipilih untuk terlibat di dalam program sitkom popular, Sepahtu Reunion Live musim ini.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Man memaklumkan dirinya memang ada meletakkan harapan namun, dia akui Sepahtu berhak membuat penilaian sendiri.
“Ramai yang minta saya bersabar dan katanya mereka tahu saya nak tujukan video itu kepada siapa. Saya pun pelik kerana video tersebut dibuat secara rawak sahaja.
“Rupanya mereka kaitkan video tersebut dengan program Sepahtu Reunion Live.
“Bagi saya, Sepahtu ada penilaian mereka sendiri walaupun mereka kerap mengusik dan mengatakan saya bakal menjadi ahli tetap.
Ads
“Selepas mereka kata sebegitu, saya pun dah berangan-angan. Mesti seronok dapat sertai mereka setiap minggu dan saya boleh kembangkan bakat serta idea untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya kepada MH.
Juara Raja Lawak musim ke-5 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Zim Zim Ala Kazim, baru-baru ini.
Pada masa sama, Man akur dengan keputusan Sepahtu yang lebih memilih beberapa orang Tik Tokers untuk terlibat dengan program mereka musim ini.
“Bila mereka mengambil empat orang Tik Tokers, ada pula yang kata, apa salahnya mereka selitkan nama saya seorang. Padahal nama saya sudah selalu disebut-sebut.
Ads
“Pada saya, rezeki sudah tertulis sebegitu. Takkanlah kita nak paksa orang. Kalau mereka rasa cara begitu lebih baik, teruskan sahaja.
“Saya akui memang meletakkan harapan untuk sertai Sepahtu. Nama mereka sudah besar. Dulu kita ada Senario, kini ada Sepahtu.
“Kalau saya sertai Sepahtu, tawaran kerja tidak akan terhenti di situ sahaja. Ia secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia pernah berbincang secara peribadi bersama kumpulan Sepahtu untuk menyertai program mereka, Man memaklumkan dirinya percaya dengan aturan Allah SWT.
Ads
“Saya bukanlah ego tapi ada harga diri. Kalau berjumpa, kita borak seperti biasa. Kalau mereka buat diam, takkan saya nak tanya pula. Saya ni juara Maharaja Lawak 2019 dan Raja Lawak 2005.
“Bila Allah nak bagi kita sesuatu perkara, itu adalah benda baik. Kalau Allah tak bagi, itu bermakna Dia nak bagi hal yang lebih baik.
“Saya reda dan positif. Video yang saya buat itu sekadar konten sahaja. Kalau berkait pun hanya kebetulan sahaja,” akhirinya.
Terdahulu, Man merupakan salah seorang pelakon yang membintangi filem terbaharu arahan Asmawi Ani yang berjudul Zim Zim Ala Kazim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Noor Syasya Afiqah iaitu Farah Farina Abd Razak mendedahkan majlis resepsi anaknya bersama suami, Nasrullah Mohd Sapie hari inu terpaksa diadakan dua sesi iaitu siang dan malam disebabkan tidak dapat dewan yang besar untuk tetamu yang ramai.
Malah Farah Farina atau mesra disapa sebagai Riena turut bersyukur atas tajaan yang diterima bersempena dengan hari bahagia anak dan menantu.
“Persiapan untuk hari ini, sebenarnya kita ada dua sesi. Pada siang hari, untuk peminat, keluarga dan rakan-rakan lain. Malam untuk yang lain pula sebab kita tak dapat nak cari dewan yang besar.
“Alhamdulillah ada banyak tajaan yang masuk dan saya berterima kasih kepada penaja yang saya tak dapat nak sebut satu persatu,” katanya.
Dalam pada itu, Riena turut mendedahkan anaknya anggun menggayakan barang kemas dan aksesori yang ditaja Habib berjumlah RM5 juta.
“Kita belum buat kiraan lagi, tetapi untuk Syasya, Habib tajaan RM5 juta untuk barang kemas yang dipakai malam ini.
“Manakala untuk saya pula RM500,000. Selain Habib, Jakel pun ada menaja dan banyak lagi,” katanya lagi.
Riena pada masa sama turut berkongsi mengenai peribadi menantunya yang disifatkan sebagai anak yang baik dan pandai mengambil hati Syasya.
“Nasrullah anak yang baik, dia pun datang daripada keluarga yang baik-baik juga.
“Dia hormat orang tua selain pandai mengambil hati Syasya dan keluarga. Sebab itu Syasya jatuh cinta lebih, sanggup tinggalkan semua (Dolla),” katanya lagi.
Terdahulu, majlis resepsi pasangan raja sehari meriah dengan dihadiri lebih 1,000 tetamu yang diadakan di Magica Subang Hall, Shah Alam.
Sama cantik sama padan, pengantin perempuan dan pasangannya mengenakan persalinan berona biru muda yang ditaja Jakel.
Pada 8 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan tidak lagi bersama Dolla keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.
Bagaimanapun pada 21 April lalu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan Syasya m selamat bergelar isteri.
Malah foto pernikahan Syasya dan suami turut tersebar di media sosial.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres popular, Fasha Sandha akui dia okay sahaja untuk menyarung pakaian yang harganya mesra milik.
Malah pendedahannya itu turut meraih perhatian ramai apabila ia dikongsikan di TikTok.
Menerusi video pendek itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkongsi perkara tersebut sambil berjalan di sebuah pusat membeli-belah.
“Tak kisah. Macam ni (baju yang dipakai) yang dipakai sekarang beli dekat Shopee je, RM19. Cantik tak? So beli… you kena pandai, rajin scroll-scroll lah,” katanya sambil tersenyum.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap rendah diri pelakon drama Rampas Cintaku itu.
“Dia cantik tau, pakai baju pasar malam pun cantik giler.”
“Humble betul Fasha ni. Enjoy your outfits.”
“Fasha tak selalu membazir, duit beli barang pun jimat.”
“Dia pakai baju RM19, dah nampak mahal.”
“Fasha ni dari dulu jenis yang simple dan jarang tunjuk barang brand-brand mewah dia.”
“Kalau dah cantik, pakai baju apa pun cantik.”
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Nora Danish cuba untuk mengawal sebaiknya mengenai kisah rumah tanggannya bersama ahli perniagaan, Nedim Nazri, yang didakwa sedang dilanda badai.
Menurut Nora, 42, apa yang berlaku biarlah hanya mereka yang mengetahuinya, meski pasti wujud pelbagai spekulasi terhadap kenyataan yang pernah dikeluarkannya.
“Biar luaran nampak kita yang buruk, kerana dari dulu saya bukan jenis yang suka mengaibkan orang. Kerana diri sendiri pun bukan sempurna.
“Masalah keluarga biar saya sahaja yang telan. Apabila kita membuat pilihan untuk berdiam dan bertapis, terlalu banyak spekulasi timbul sampai dituduh bermacam-macam.
“But Alhamdullilah im well prepared. I will take all the blame. Asalkan semua pihak bahagia. Doa yg baik baik buat semua pihak. Allah sebaik baik perancang,” luahnya.
Perkara itu dikongsikan Nora menerusi satu status yang dimuat naik menerusi Insta Stories, pada Khamis.
Nora pada masa sama menjelaskan, sebagai selebriti, dia cuba menjawab yang terbaik setiap persoalan media.
“Dan semua semua kena aware, kita ni celebrity, nak taknak bila diajukan soalan, out of respect kepada rakan media, we need to atleast bagi sepatah dua kata.
“Kerana merekalah dari dulu hingga kini yang sentiasa support industri kami, baik mahupun buruk.
“Begitu juga dengan supporters Nora yang tanpa henti mendoakan. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.
“Percayalah, berat mata memandang, berat lagi bahu yg dipikul,” jelasnya lagi.
Terdahulu Nora ketika ditemui pada Ahad berkata, buat masa ini tiada sebarang kenyataan baharu akan dibuat, sebaliknya bakal berkongsi perkembangan lanjut apabila sudah tiba masa sesuai.
Nora sebelum ini tidak menafikan perkahwinannya dengan Nedim yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15 sebelum bercerai pada 2008.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...