
Seperti yang diketahui umum, pihak kerajaan telah memaklumkan bakal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun hadapan.
Bukan sahaja menimbulkan rasa di kalangan orang ramai, malah golongan selebriti yang bekerja turut memberikan reaksi yang pelbagai.
Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al- Islam ada menyatakan pendapat berhubung perkara tersebut bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknnya.
Sebagai rakyat Malaysia, Rebecca atau Rebecca Nur Al- Islam Ahmad antara lain menyuarakan pendapat apabila pihak kerajaan seolah-olah tergesa-gesa melaksanakan kembali PKP.
Apatah lagi dengan sambutan Hari Raya Aidilfiti bakal menjelang tidak lama lagi.

“Assalammualaikum Video ni Saya Cc kan Kepada Our Abah Perdana Menteri Malaysia @muhyiddinyassin_official
‘Abah on Behalf of Rakyat Malaysia Tolong Watch Video Ni sampai Habis Minta Ampun, minta Maaf Jika Video Saya ni, mungkin Ada sesetengah Pihak Yg Tidak Suka Dan Saya minta maaf Abah @muhyiddinyassin_official Jika Percakapan Saya Menguris Hati Abah
Dan mana mana pihak Cc~ @ismailsabri60
“#mummybecca#11052021#SayaSayangMalaysia#IloveMalaysia#TrustInAllah,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan respon terhadap perkongsian berkenaan.

Tonton video penuhnya di sini;
Foto: Instagram Rebecca Nur Al-Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tak Rela Dituduh ‘Munafik’, Khai Bahar Tak Sembarangan Promosi Produk Makanan,” – Bukan Nak Tunjuk Baik, Cuma…”

Keikhlasan penyanyi dan komposer, Khai Bahar membuat ulasan produk dan mempromosikannya di Instagram dan platform media sosial lain miliknya, nyata menarik ramai pihak untuk menjadikan bintang ini sebagai wajah wakilan.
Ia termasuk produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin jenama Chocoalbab, yang menjadikan Khai sebagai sebahagian daripada mereka.
Asalnya, tawaran jenama berkenaan diterimanya Oktober tahun lalu, namun lamaran tersebut ditolak dengan baik kerana dia terikat dengan pelbagai komitmen lain termasuk menyanyi dan berlakon pada waktu itu.
“Tapi usaha pihak jenama terbabit yang tak pernah kenal istilah putus asa. Tak boleh cara begitu dan begini, mereka guna pula insan yang saya baik. Nampaknya menjadi juga usaha tersebut kerana saya akhirnya mengalah.
“Tambah pula saya penggemar coklat. Siapa yang tak suka coklat? Dipendekkan cerita sejak Januari lalu, saya ‘diikat’ mereka untuk tempoh tertentu. Kalau mereka berpuas hati, insya-Allah berpanjanganlah ‘jodoh’ kami.
“Saya pun bukan jenis yang sesuka hati mempromosikan produk makanan khususnya. Kalau tak sedap, saya takkan terima jadi duta. Saya tak mahu dilihat seperti ‘munafik’ mempromosikan makanan tak sedap hanya kerana dibayar,” katanya.
Khai yang baru sahaja melancarkan single berjudul Damba turut menambah, dia sudah terbiasa menjadi sikap dan tabiatnya melakukan sesuatu dengan ikhlas.
Jadi tidak pelik, pemilik empayar jenama produk itu memuji sikap tidak berkiranya yang pernah melakukan promosi produk itu lebih 19 kali dalam tempoh sebulan tanpa mengenal waktu.
“Saya bukan nak tunjuk baik. Cuma ia lebih kepada sikap hakiki manusia. Saya percaya orang lain pun mungkin akan buat benda sama.
“Makanan sedap wajar dikongsi. Lagipun orang bayar kita jadi duta, semestinya kena ligat promosi. Perasaan semangat nak promosi produk ini menjadi jadi kerana macam saya katakan tadi, segala jenis makanan berasaskan coklat menjadi kegemaran.
“Dalam hal berlebih lebih mempromosikan ini daripada apa yang ditetapkan, saya percaya ia berbalik kepada soal timbal balik sesuatu perkara. Mungkin sudah jadi sikap saya sebegitu.
“Pemilik jenama itu pun bersikap profesional dan tidak berkira, jadi saya pun tak kisah nak ‘belanja’ lebih mempromosikannya. Orang baik dengan kita, tak salah kita buat benda sama,” katanya.


Diusik persoalan mengenai soal bayaran yang diterima, ini reaksi Khai;
“Cukuplah saya katakan ia sangat memuaskan hati saya. Di sebalik lamaran jenama ini yang ditolak pada mulanya, saya percaya ada hikmah dan rezeki tertulis.
“Tambah dengan situasi pandemik COVID-19 yang masih berlarutan di negara kita, saya harus fikir soal ke depan. Saya kena bijak berbelanja dan melakukan simpanan untuk hari tua.
“Biarpun agenda dan aktiviti seni sudah diberi kelonggaran, saya percaya kita kena bersedia menjana pendapatan lain. Kita tak tahu apa yang mungkin terjadi esok, lusa,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Khai bakal menjayakan Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar pada 12 Februari ini di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ Pac).
Jenama bijirin campuran coklat dan kacang Almond premium itu dilancarkan April tahun lalu oleh pengasasnya, Said Saiful Fazli di bawah syarikat CLA Empire Sdn Bhd.
Didatangkan dengan tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch, jenama dengan tagline Hidup Biarlah Sedap itu mensasarkan jualan satu juta tub dalam sebulan selain dieksport ke Indonesia, Brunei dan Thailand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Keputusan Ini Seperti Satu Perjudian Namun…,” – Nasuha Sulaiman Tinggalkan Kerjaya Pereka Dalaman Selepas 5 Tahun Nekad Kejar Impian Seni

Bermula sebagai pencipta kandungan, nama pempengaruh Nasuha Sulaiman semakin mendapat perhatian selepas membintangi drama Thariq Ridzuan: His Treasure.
Bercerita mengenai latar belakangnya, Nasuha atau nama sebenar Wan Nasuha Wan Sulaiman sebelum ini bertugas sebagai pereka dalaman sepenuh masa sebelum memutuskan untuk berhenti dan menceburi bidang pembikinan konten.

“Saya tinggalkan kerjaya sebagai pereka dalaman sebelum menceburi bidang lakonan lagi. Saya bermula sebagai pencipta kandungan di media sosial.
“Sebelum itu, saya bekerja sebagai pereka dalaman selama lima tahun. Selepas itu, saya buat keputusan untuk berhenti kerana saya merasakan saya tidak suka lagi bidang itu.
“Keputusan ini seperti satu perjudian namun, saya menemukan kebahagiaan untuk membuat video,” katanya kepada MH.
Nasuha berkata demikian ketika ditemui di acara ‘watch party’ Thariq Ridzuan: His Treasure, baru-baru ini.
Malah, pelakon asal Terengganu ini mengakui dia meninggalkan kerjaya sebagai pereka dalaman kerana tidak tahan dengan tekanan yang dilaluinya dalam bidang tersebut.

“Sejak kecil, saya memang sukakan bidang seni. Saya sambung belajar dalam bidang seni bina kerana sukakan seni.
“Saya sudah berusaha sekuat mungkin, tapi industri ini sangat kejam. Saya tak boleh hadap.
“Jadi, saya cuba bermacam-macam bidang dan perbaiki skil diri. Akhirnya, saya bermula sebagai pembikin konten. Wajah saya pula mesra dengan kamera.
“Jadi, saya gunakan platform ini untuk cuba melangkah ke pentas tertinggi. Saya berimpian besar dan cuba buat yang terbaik. Bila dapat peluang, saya terus sambar,” ujarnya lagi.
Media Sosial Buka Jalan Ke Lakonan
Pada masa sama, Nasuha tidak menafikan platform media sosial memberi kelebihan buat sesiapa sahaja untuk menceburi bidang seni.
Namun, dia merasakan hanya mereka yang berbakat sahaja akan menjadi pilihan pengarah.

“Saya tak nafikan para pempengaruh mudah dapat tawaran. Namun, saya anggap itu adalah satu kelebihan pada zaman sekarang. Kita ada platform media sosial, orang melihat bakat kita dari situ.
“Saya bersyukur dengan adanya platform media sosial. Ia buka jalan untuk saya ke bidang lakonan,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai soal disiplin para pempengaruh yang sering kali menjadi buah mulut para pemain industri, Nasuha menyifatkan ia sebagai masalah individu.

“Soal disiplin ini terpulang kepada individu. Sejujurnya, saya masuk ke industri ini dengan perasaan takut. Sebagai pembikin konten, kami tahu ada segelintir pelakon yang kurang senang dengan kehadiran kami.
“Memang pengalaman saya kosong tapi saya sedia untuk belajar. Setakat ini saya tiada masalah dengan pihak produksi.
“Saya pernah bekerja di bidang korporat selama lima tahun. Jadi, saya sudah biasa tentang penjagaan disiplin,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak Boleh Bawa Perangai Di Rumah Sendiri Ke Rumah Mertua,” – Puteri Sarah

Membincangkan topik mengenai ‘Dilema Mentua Sebumbung’, program bual bicara Mingguan Wanita tidak lama dulu, ada segmen yang membincangkan perihal situasi antara mentua dan menantu yang tinggal sebumbung.
Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat selaku tetamu jemputan tampil berkongsi pengalamannya yang duduk serumah dengan ibu mertua, Datin Fatimah Ismail iaitu ibu kepada Syamsul Yusof.
“Saya selalu kongsi masalah dengan ibu mentua kerana saya berkahwin dengan anak dia (Syamsul).
“Jadi, ibu mentua yang lebih memahami pasal Syamsul. Secara keseluruhannya, ibu adalah orang yang terbaik yang tahu pasal anak dia.
“Kami (Sarah dan pihak mertua) saling memahami dan ada batasan. Alhamdulilah, mereka tak ada campur tangan. Kalau ada benda tak elok, mereka nasihat,” kongsi Sarah.
Memegang pada prinsip saling menghormati dan respek antara satu sama lain, ibu kepada dua cahaya mata ini mahu hubungan dengan mentua bahagia dan tidak mahu bermasam muka.
“Kita kena ada respek antara satu sama lain. Sebagai menantu dan yang muda kita kena ikut cara mereka (mentua) dan jangan terlalu ikut kepala sendiri.
“Kita tak boleh bawa perangai kita di rumah sendiri ke rumah mertua. Ibarat kita masuk rumah orang, kita kena ikut cara orang itu,” katanya optimis.
Telah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada Mac 2014, Sarah akui bahawa dia pernah mengalami situasi tegang bersama, namun mereka bijak mengatasi perkara tesebut.
“Kami (Sarah dan Syamsul) bergaduh tak adalah sampai meninggikan suara, sebab kami tahu tinggal di rumah mentua, kami akan jaga batasan dan komunikasi adalah perkara penting untuk atasi masalah tersebut (pergaduhan),” jelasnya jujur.

Mahu mendapatkan perkongsian dari ibu mertua, Datin Fatimah Ismail mempunyai tiga orang menantu perempuan bersyukur kerana masing-masing sentiasa memahami dan tidak pernah mencetuskan permasalahan.
“Kalau ada sesuatu perkara yang tidak baik, saya akan tegur secara nasihat.
“Seperti dia (Sarah) seorang yang rajin bertanya dan datang kepada saya berkongsi masalah, sehinggakan Syamsul cemburu. Sebaliknya dia bukan mengadu, cuma minta nasihat sahaja.
“Saya memehami kedudukan mereka (menantu) sebab saya pun pernah duduk dengan ibu mertua saya dulu,”jelasnya.
Ikuti temu bual penuh bersama mereka;
Video : Youtube Mingguan Wanita
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

