[VIDEO] “Sambil Masak Boleh Kemas Rumah, On Mesin Basuh, Kutip Baju…,”- Harmoni Rumah Tangga Ebit Lew

Share

Penceramah bebas, ustaz Ebit Lew ada berkongsi video yang memaparkan aksinya sedang memasak sediakan juadah berbuka puasa.

Perkara itu dikongsikan Ebit di Instgaramnya. Kisahnya, dia cuba membantu meringankan tugas isteri tercinta.

“Dah malam ni saja masuk dapur teringin nak masak. Bersepah dapur bila saya masak dapur. Hehe. Masak lebih sikit nak beri sikit pada orang lain.

“Sayu macam manalah yer sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu. Kasihan Ramadhan ni 10x tenaga penat lebih dari biasa. Begitulah kebanyakan wanita…ni dah malam masak untuk sahur.

“Isteri lak senyum-senyum tengok suami..macam biasa.sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang bidadari abang tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi…

“Sayang rehat yer. Bidadariku tidur awal yee. Bukan selalu abang ada dekat rumah. Hari ni tarawih dengan keluarga jer. Esok 5ptg di Masjid Cina Ipoh. Lusa 5ptg-9mlm di Stadium Kota Bharu Kelantan.

“Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer. Story ig dan wanita tak dapat dipisahkan seperti irama dan lagu,” tulis Ebit Panjang lebar.

Dalam pada itu, Ebit juga memuji sikap si isteri yang tidak kenal erti penat lelah dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk suami dan anak-anak.

“Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa.

“Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L….dapur pun bersepah..dah siap baru kemas

“Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis

“Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil

“Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Allahuakbar..ya Allah sayangilah bidadariku. Ya Allah bekatilah pasangan hidup kami,” tulisnya.

Lalu, video tersebut dihujani dengan komen netizen yang memuji cara layanan Ebit terhadap isteri.

Kepada mereka yang menngikuti perkembangan Ebit di Instagram, pastinya tidak terlepas untuk menonton video Ebit bersama keluarga yang sentiasa ceria dan harmoni.

Video : IG Ebit Lew

IKLAN