[VIDEO] “Rasa Nak Menangis,”- Baru 6 Tahun, Tapi Anak Lelaki Farid Kamil, Muhammad Dah Join Sukan Ekstrem!

Share

Meski baru berusia enam tahun, namun kecekalan dan keberanian anak sulung kepada pasangan selebriti, Datin Diana Danielle dan Datuk Farid Kamil iaitu Muhammad telah ‘membuka mata’ ramai pihak.

Mana tidaknya, Muhammad atau mesra dengan panggilan Che Mad nampaknya kini sudah berjinak-jinak dalam aktiviti sukan ekstrem iaitu Motor Cross.

Malah, Farid ada memuat naik video yang melihatkan aksi Che Mad menunggang motorsikal dengan handal.

“Babah bangga rasa nak menangis pun ada juga Abang Chemad you are my Rokkie buddy,” tulis Farid.

Malah sebelum ini, Che Mad turut bertanya kepada Farid bila mahu membelikan motorsikal untuknya.

Selain berkebolehan dalam sukan bola sepak, Che Mad nampaknya begitu teruja ketika Farid memakaikan alat keselamatan sebelum melakukan aktiviti tersebut.

Menerusi ruangan komen pula, netizen amat kagum dengan kebolehan Che Mad melakukan sukan ekstrem sedemikian.

Benarlah kata orang, ke mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi.

Lihat sahaja Farid yang turut aktif dalam sukan permotoran. Begitu jugalah anaknya, Che Mad!

Video : Instgaram farid Kamil, Muhammad

IKLAN