[VIDEO] “Rasa Macam Nak Gila,” -DS Aliff Kongsi Rasa Panik, Anak Terlepas Dari Pandangan, Di Shah Alam!

Share

Usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri mulai panik dan cemas apabila anak perempuannya, Qadejah El Zahra terlepas dari gengamannya.

Kisahnya bermula apabila Aliff, Qadejah dan beberapa orang pembantunya sedang bersiar-siar di perkarangan Stadium Shah Alam petang tadi. 

“Siapa ada pengalaman yg sama hilang anak di pasar?? sila sharekan pengalaman anda di ruangan komen di bawah… .

“Kami penik dan cemas nya allah je tau…pagi ni gi pasar nak beli brg dapur tmpat mula2 saya berniaga di sini dan saya bawa semua anak2 dan 4org maid… 

“Saya dan masa gi sy cess paling hppy sbb nak beli baju, dan mainan dan tiba2 kelibat cess hilang dr kami habislah smua sy bising.. masa tu kami rasa mcm nak gila tadi lagi berlari cari anak tunggal kesayangan kami.

Bagaimanapun, Qadejah ditemui dalam keadaan baik dan selamat dengan bantuan orang awam.

“Wife sy dan sy cari @qadejah_terlajaklaris hilang di pasar stadium shah alam..nasib baik x kena colek?? ada org awam jaga dia sambil dia mengelupur ketakutan,” tulis Aliff. 

Menerusi video berkenaan, reaksi kanak-kanak berusia sembilan tahun itu menagis ketakutan akibat situasi tersebut (hilang dari pandangan Aliff). 

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan selepas dimuat naik Aliff sebentar tadi. 

Video: IG Aliff 

IKLAN