“Masya-Allah, sedapnya suara.”

Demikian antara komen pengguna laman sosial sejurus mendengar dan menonton video bacaan ayat suci al-Quran yang dimuat naik pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menerusi Instagram baru-baru ini.

Mencuri tumpuan, PU Riz, 29, dilihat mencari ruang gema di suatu sudut bangunan lalu membaca potongan Surah al-Anbiya ayat 89 hingga 90 yang turut dikongsikan maksudnya.

Di dalam video sama, suami kepada Neelofa itu juga ada menitipkan pesan supaya digalakkan semua untuk mengetahui maksud di sebalik ayat al-Quran yang dibaca.

Video PU Riz Baca Al-Quran Jadi Sorotan, Suara Sedap Dipuji Netizen… Semoga Yang Dikongsi Beri Manfaat & Kebaikan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

IKLAN

Video PU Riz Baca Al-Quran Jadi Sorotan, Suara Sedap Dipuji Netizen… Semoga Yang Dikongsi Beri Manfaat & Kebaikan

“Membaca al-Quran satu cara yang boleh menenangkan jiwa. Apabila membacanya, ia boleh menjadi penawar kepada setiap hati yang sedang mengalami kesedihan, keresahan mahupun kekecewaan.

“Namun, itu bukanlah bermaksud seseorang hanya perlu membacanya apabila dia dilanda keresahan sahaja, tetapi ia perlu dibaca sepanjang masa. Malah, bacaan itu juga hendaklah difahami.

“Disebabkan itu, ulama sering menyebut bahawa satu cara untuk memahami al-Quran adalah dengan membaca beserta maksudnya agar dapat memahami makna yang disampaikan.

IKLAN

“Ada juga bertanya, bagaimana kalau hanya membaca tanpa memahami maknanya? Adakah tetap diberi ganjaran pahala?

Dalam perkara ini, kita perlu faham bahawa ganjaran pahala diberikan ke atas bacaan dan huruf yang kita baca,” katanya.

Membalas terhadap komen yang memuji kelunakan suaranya, PU Riz berkata, itu adalah anugerah Allah selain turut masih lagi belahar dari segi alunan bacaan al-Quran.

IKLAN

“Terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Semoga perkongsian saya itu memberi manfaat dan kebaikan buat kita semua.

“Diharapkan perkongsian ringkas sebegini membuka satu lagi lembaran baharu yang positif dalam diri kita semua di tahun baharu ini,” katanya lagi.

Menerusi hantaran lain, PU Riz turut berkongsi bacaan daripada Surah an-Nasr ayat 1 hingga 3.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI