MH nak tergelak melihat kenakalan netizen yang memperodikan sebuah video pasangan kekasih di mana si lelaki memujuk kekasihnya yang sedang kelaparan.
Melalui sebuah video berduarsi 30 saat memaparkan mereka berdua yang menaiki motosikal untuk mencari cendol, namun gagal dan si lelaki memujuk kekasihnya itu dengan cara yang cukup manja.
Namun seperti biasa adalah pelbagai versi video parody yang tercipta. Paling MH tak tahan bila lelaki juga cuba beraksi manja seperti gadis tersebut. Memang melucukan!
Gara-gara mempertahankan seorang isteri yang menjadi mangsa buli suami, orang ramai diberi pujian kerana bertindak melindungi seorang wanita yang dalam kesusahan.
Video berdurasi 5 minit itu tersebar dan menjadi viral apabila ada salah seorang netizen berkongsi momen ini di media sosial.
Kejadian berlaku di sebuah restoran mamak di tempat awam dan rata-rata pelangan kedai tersebut terkejut dan turut mengerumuni lelaki berkenaan.
MH difahamkan lelaki tersebut telah memukul isterinya dengan menggunakan helmet dan itu bukanlah kali pertama isterinya dipukul sebegitu.
Namun apa yang MH tersentuh melihat bagaimana si isteri cuba mempertahankan suaminya walaupun sudah dipukul beberapa kali.
Sikap orang awam yang tidak memberi muka kepada lelaki tersebut membuka mata semua masyarakat untuk terus melidungi wanita daripada menjadi mangsa kekasaran.
Bagi MH sendiri, ini merupakan salah satu langkah berani buat orang awam mempertahankan hak wanita. Maklumlah, kadang kala memang ada juga individu yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita yang lemah.
Dengan ada kejadian sebegini, ia akan memberi keinsafan kepada semua lapisan masyarakat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aduh tak habis lagi ke isu logo ni? sebelum ini, MH ada siarkan mengenai netizen tidak menyukai logo Visit Malaysia 2020 hinggakan berita tersebut sampai ke pihak media luar.
BBC melaporkan isu respon rakyat Malaysia terhadap logo tersebut dan tidak menyangka ramai yang tidak bersetuju dengan pemilihan ini.
Namun apa yang MH sedar, ada individu yang agak ‘melampau’ mendakwa Malaysia seharusnya diboikot kerana masalah hal asasi manusia dan tidak menyokong LGBT.
“Its doesn’t really matter what is the country logo is, but the country should be boycotted!
“Its has horrible human right record and incredible history of torture /LGBT arrest,” tulisnya.
Namun begitu, ada segelintir netizen tempatan turut bersuara menyelar tweet individu melampau ini.
“What are you smoking mate? We practise human right fairly. Never do torture/arrest as you claim and we just don’t support LGBT, not arresting them.
“I guess your mind has been polluted by racism and stereotyped by Muslim country, that’s why you’re making such claim,” tulisnya.
Bagaimanapun, ada rakyat lain yang mengecam kenyataan rakyat Malaysia ini.
“LMAO, ‘practise human right fairly’? Crawl out of the rock you’ve been living under and learn to read the news mate,”tulisnya.
Mujurlah, ada netizen Malaysia lain yang beri support membalas tuduhan jahat tersebut.
“You are the one who should crawl out of the rock! You’re talking like you know Malaysia so much. Hahaha,” tulisnya.
Haish, menyirap juga MH baca pergaduhan tersebut.. Dalam pada itu agak, sedih lihat pandangan negara luar terhadap negara kita sendiri. Tetapi MH percaya, tidak semua orang begitu, ada juga MH baca komen rakyat lain yang memuji negara kita.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
MH pasti setiap manusia akan berasa tertekan jika dituduh melakukan sesuatu perkara yang tidak mereka lakukan apatah lagi jika perkara yang dituduh itu menjatuhkan maruah dirinya.
Semalam menerusi satu sumber, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi selepas bertarung nyawa lebih seminggu di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas cuba untuk membunuh diri.
Remaja tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di samping ibu dan bapanya yang berada disisinya.
Menurut David Marshel, Presiden Persatuan Kural Malaysia berkata, kini mayat remaja itu ditempatkan di Unit Forensik HSJ bagi melakukan proses bedah siasat.
David berkata, semua pihak turut bersedih apabila remaja tersebut meninggal dunia selepas bertarung nyawa sejak Isnin minggu lalu.
Katanya lagi yang mewakili seluruh ahli keluarga remaja tersebut, ahli keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan mangsa.
Terdahulu, remaja perempuan ini dikatakan cuba untuk membunuh diri dengan menggantungkan diri di dalam biliknya.
Tindakan ini dilakukan olehnya kerana rasa tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolahnya.
Walau bagaimanapun kejadian itu telah disedari oleh bapanya dan dengan pantas menyelamatkan anaknya itu sebelum dikejarkan ke hospital.
Dalam pada itu, remaja ini juga dikatakan turut meninggalkan satu nota buat ibu dan bapanya dan mengaku di dalam surat tersebut bahawa dia tidak mencuri telefon bimbit tersebut.
Pengarah, Nazifdin Nasrudin tampil mempertahankan karya sulungnya, Malaikat Malam, susulan kebimbangan segelintir pihak yang melihat filem itu berpotensi memberi pengaruh negatif kepada golongan muda.