[VIDEO] Nota Atas Tisu, Rabecca Nur Al Islam Marah Siapa Tu?

Eh apa dah jadi ni? Baru-baru ini ada seorang kenalan MH beritahu tentang selebriti Rabecca Nur Al Islam yang dikatakan telah meninggalkan satu nota tidak puas hati terhadap seseorang di atas sekeping tisu.

Tanpa membuang masa, MH segera menjengah akaun Instagram milik Rabecca.

Melalui pemerhatian kami, Rabecca seakan kecewa dengan sikap seorang ‘datin’ yang melampau-lampau sehingga menyebabkan dirinya block individu terbabit di Instagram.

Bukan itu sahaja, Rabecca yang tidak puas hati kerana namanya sering diburukkan di dalam Instagram milik individu terbabit.

Oleh itu, Rabecca meminta dan mencabar ‘datin’ berkenaan untuk datang dan berjumpa terus sekirannya benar-benar tidak berpuas hati dengannya.

IKLAN

Aduh, memang panas betul! Malah Rabecca turut menyentuh individu terbabit telah menghasut rakan-rakannya juga.

Bagaimanapun, Rabecca memberi peringatan sifat kesabarannya ada batasnya, jangan sesekali memburukkan namanya lagi dan menjaja ceritanya!

IKLAN

Bukan itu sahaja, MH turut perasan Rabecca juga ada muat naik video memberitahu sedikit kata dua tentang individu terbabit dan menyentuh tentang sikap tidak ‘datin’ ini dan berkata tidak hairanlah mengapa ibu mertua individu ini tidak menyanyangi dirinya.