Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu jugalah didikan yang harus diberikan kepada anak-anak.

Didikan harus diberikan sedari kecil lagi supaya kita dapat membentuk mereka menjadi manusia yang berjaya dan berguna bila dewasa kelak.

Baru-baru ini, MH tertarik dengan satu posting video daripada pelakon popular, Lana Nodin yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya.

Dalam video tersebut, terlihat Lana begitu tegas mendidik anaknya, Gia Quinn McKienzi mengemas barang permainannya yang bersepah di lantai.

IKLAN

Nampaknya rata-rata netizen memuji ketegasan Lana dalam mendidik anaknya walaupun dia berkahwin dengan ‘orang barat’ namun dia tetap menerapkan budaya orang Asia dalam mendidik cahaya matanya.

IKLAN

Di bawah, MH kongsikan beberapa komen daripada netizen yang memuji cara Lana mengajar anaknya mengemas.

IKLAN

eydafirmax3: Terbaik @lananodinmckienzie ..didik cara melayu kita no manja manja kann..dah main kasi kemas balik..yg best tu u mcm i lah…perasan td kaki sepak bear???

 

cikpuannasuha: Same with me.. hahaha.. dah pandai sepahkan main semua, haa tolong kemas balik..

 

gloryglorious3568: Sayang ank tangan2kan..biar garang sekarang..smentara rebung..i like the way u do..moga istiqomah n Gia jadi ank solehah untung u dunia akhirat..aamiin..

 

punkbloom: Asian parenting ???

 

ekynmz: Asian mommy!!! I like…

MH harap, cara Lana mendidik anaknya ini dapat dicontohi oleh para ibu dan bapa yang lain di luar sana.

Mudah-mudahan anak-anak kita semua menjadi anak yang mendengar kata dan berjaya dunia dan akhirat.

Sumber: Instagram Lana Nodin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI