[VIDEO] Muzik Video Bertaraf Antarabangsa, Puji Netizen Buat ‘Donde’ Andi Bernadee

Share

Baru-Baru ini, penyanyi BBNU yang terkenal Andi Bernadee telah melancarkan lagu single terbarunya, Donde 28 Mac lalu.

Terbaru, penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu turut melancarkan muzik video untuk lagu single tersebut di YouTube, semalam.

Dalam pada itu, muzik video tersebut telah meraih lebih tiga ratus ribu tontonan dan rata-rata memberikan komen yang positif kepada Andi.

Malah, netizen juga turut memuji muzik video tersebut kerana kelihatan seperti muzik video lagu antarabangsa.

Untuk rekod, lagu Donde ini telah dicipta sepenuhnya oleh komposer terkenal, Alif Sleeq.

Video : YouTube Warner Music

IKLAN