Selepas Sajat ‘direject’ Datuk Seri Aliff Syukri untuk tampil di dalam lagu rayanya bersama Zizi Kirana, usahawan sensasi itu ada memberitahu suara penyanyi rap wanita asal Sabah itu tidaklah sesedap mana.
Sajat berkata demikian menerusi perbualan WhatsApp bersama Aliff yang kemudiannya dikongsi Aliff sendiri menerusi Instagram, baru-baru ini.
Perbualan tersebut antara lain turut mendedahkan mengenai pemilihan Zizi untuk secara rasmi tampil di dalam lagu raya berkenaan yang bakal bakal dilancarkan, selepas pengguna media sosial membayangkan suara Sajat kurang padu.
Ads
Lalu, berhubung dengan kenyataan Sajat, Zizi semalam pula tampil memberikan reaksi menerusi keratan video di Instagram.
“Kau apahal cakap macam tu, cakap suara Zizi Kirana bukannya sedap sangat pun. Mana boleh macam tu nyah, kenapa mengata orang? Sedap ke tak sedap janganlah mengata.
Ads
“Kau kata hashtag kau jangan mengata tapi kau mengata pulak. Apa tu nyah? Adoi pening kepala aku macam ni,” katanya.
Zizi turut berpesan kepada Sajat agar mengikuti kelas nyanyian andai mahu mengasah bakat dalam seni.
Ads
“Kalau kau betul-betul minat sangat nak jadi penyanyi atau rapper, kau belajarlah cari cikgu yang bertauliah.
“Aku pun masih belajar juga, tak adalah aku terus hebat-hebat ke apa,” antara yang dikatakan Zizi sambil mengucapkan terima kasih buat Aliff kerana memilihnya untuk tampil dalam lagu barunya itu.
Foto: Instagram Aliff, Zizi Kirana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meluahkan kata-kata sayang buat ibunda tercinta, Syafiq Farhain menulis bait-bait puitis sempena sambutan Hari Ibu semalam.
“All love begins and ends there, Mother! Happy Mother’s Day to all mothers, and my greatest wish for you my Mama, My Juwita ♥ Ain sayang Ma,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Namun Santesh dilihat seakan keliru dan bertanya di ruangan komen.
Apapun, ia mungkin timbul rasa keliru buat penyanyi Amalina itu memandangkan ibu tiri Syafiq, Julia Bachok dilihat lebih membayangi kerana pendedahan di media.
Persoalan yang agak sensitif, netizen menasihatkan agar Santesh berfikir dahulu sebelum mengeluarkan soalan.
Apa-apa pun, pertanyaan penyanyi Amalina ini dijawab dengan baik Syafiq.
Baru MH tahu, panggilan manja Syafiq adalah Ain. Selamat Hari Ibu buat semua.
Foto : Instagram Syafiq Farhain
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai bintang yang turut sinonim dengan dunia perniagaan, Neelofa mengakui ada ketikanya dia cuba menghubungi individu yang pernah melukai hatinya dalam usaha untuk berbaik kembali.
Pada masa sama, pendekatan tersebut dibuat hos program MeleTOP itu khusus bagi menjernihkan keadaan selain mengekalkan hubungan yang sedia terjalin.
“Sudah tentu, cumanya benda yang sedemikian saya tidaklah terlalu tunjuk di publik atau pun media sosial,” katanya kepada MH.
Menurut Neelofa lagi, dia cuba menghubungi kepada sesiapa yang pernah melukakan hatinya sebelum ini untuk berdamai, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan yang akan disambut beberapa hari lagi.
“Di mana yang saya ada kesempatan, saya cuba hubungi untuk neutralkan balik ketegangan ataupun benda-benda di masa silam ataupun kisah lalu yang kurang menarik bersama.
“Tahukah anda, ya saya ada lalukannya dan rasanya ia tak perlu diwar-warkan menerusi media sosial,” kongsi Neelofa jujur.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Terdahulu, bintang asal Kelantan ini ditemui pada majlis pelancaran eksklusif Naelofar x Guardian di pelancaran koleksi ‘tote bag’ musim panas istimewa.
Koleksi berkenaan telah didatangkan dalam tiga pilihan corak yang menawan seperti Nature Beauty, Red Blossoms dan Floral Serenity.
Dengan setiap pembelian barangan Guardian bernilai RM20 untuk jenama terlibat dan juga belian RM30 untuk jenama lain, pembeli berpeluang mendapatkan ‘tote bag’ terhad itu dengan harga RM17.90 sahaja.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi majalah Mingguan Wanita edisi Mei Volume 1, pelakon dan hos senior, Raja Azura ada berkongsi mengenai situasinya sekeluarga dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.
Katanya seperti yang dipetik, sama seperti para ibu lainnya, dia akan memasak serta menyediakan juadah untuk berbuka.
“Pada bulan Ramadan saya akan masak. Walaupun rumah saya terletak berhampiran bazar Ramadan, saya tidak akan beli makanan di sana. Biasanya ketika berbuka puasa kami tidak makan nasi.
“Saya akan masak apa sahaja makanan yang anak suka. Saya hanya masak makanan berat ketika waktu sahur. Cuma pada tahun ini, rumah saya agak sunyi sedikit kerana anak-anak tinggal di asrama.
“Ketika Ramadan, saya dan keluarga akan buat aktiviti yang akan mengeratkan aktiviti keluarga. Biasanya saya akan tengok dahulu jadual persekolahan anak-anak. Bila waktu cuti barulah aktiviti ini akan diadakan,” kata pemilik nama lengkap YM Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini lagi.
Bagaimanapun memandangkan anak-anaknya tinggal di asrama, mereka sekeluarga hanya akan dapat melakukan terawih bersama-sama andai setiap anggota keluarga ada di rumah.
“Apabila semua ada di rumah, kami akan solat terawih bersama-sama. Emak dan keluarga abang saya juga akan turut sama melakukan solat terawih tersebut.
“Aktiviti itu biasanya dibuat di rumah saya. Insyaallah ini adalah tahun ketiga kami melakukan aktiviti ini,” cerita Kak Engku.
Malah, bercakap soal menu pula, bintang yang sinonim dipanggil Kak Engku ini bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang tidak memilih makan.
“Tetapi lauk yang paling mereka suka antaranya adalah ayam masak kicap, kari ikan dan ayam goreng berempah. Bagi saya penting masakan air tangan ibu dalam membesarkan anak-anak.
“Ketika memasak juga saya ikut petua orang tua-tua dengan membaca selawat sebanyak tiga kali. Apabila basuh beras saya selalu berdoa mudah-mudahan rezeki yang kita beri menjadi darah daging anak-anak dan diharapkan anak-anak menjadi anak yang soleh, anak-anak juga selalu akan ingat kita.
“Tetapi saya tidak tahulah apa yang orang sekarang buat atau tidak. Saya ini hidup dengan emak. Saya cakap terus-terang. Nama sahaja saya ini artis tetapi saya tidak ada kawan rapat artis. Hidup saya di dalam rumah sahaja. Habis kerja saya akan balik ke rumah. Kawan saya adalah anak-anak, sepupu saya dan emak dan bapa saya,” luahnya lagi.
Sebenarnya, banyak lagi yang dikongsikan pelakon drama ikonik, Pengantin Popular ini menerusi Mingguan Wanita. Kalau nak tahu lebih jangan lupa untuk dapatkan majalah ini edisi terkini ni okay!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...