Ameerais Azhar yang juga merupakan salah seorang ahli anggota kumpulan Forteen, telah pun selamat disatukan dengan wanita pilihannya, Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar, dua hari lalu.
Sedondon mengenakan persalinan serba putih, pasangan raja sehari ini melangsungkan majlis nikah di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.
Sementara majlis resepsi pasangan ini juga telah berlangsung semalam di Forest Valley Hall, Taman Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.
Turut hadi memeriahkan majlis ialah ahli keluarga, kenalan, rakan selebriti dan media.
Ameer bertunang dengan Siti Nurnaja’a, pada 13 Oktober tahun lalu selepas lebih setahun berkenalan menerusi media sosial.
“Dia menegur saya buat kali pertama di laman Instagram, dengan menanyakan judul lagu saya nyanyikan dalam video yang dimuat naik di situ.
“Sejak itu, kami mula berhubung dan tak sangka pula sebenarnya dia juga selalu datang ke acara saya hadiri,” katanya menerusi BH Online.
Sementara itu, penyanyi yang turut mempunyai single sendiri berjudul Pulangkan Cinta ini turut berkongsi beberapa keping foto hari bersejarahnya itu.
“Alhamdulillah. Selamat disatukan. Semoga masjid yang dibina diberikan barakah dan kebahagiaan dunia & akhirat. Amin. I love you dear, wife,” tulisnya menerusi salah satu entri foto nikahnya.
Juri solek terkenal, Alha Alfa ada berkongsi kenangan ‘seram lucu’ bersama sahabat baiknya, Jihan Muse saat awal perkenalan mereka tidak lama dulu.
Alha yang kini sudah pun mempunyai rangkaian solekan jenama sendiri, Alha Alfa Cosmetics ini turut memaklumkan, pelawak tersebut merupakan bintang pertama yang mendapat sentuhan daripadanya.
“Kepada sahabatku @jihanmuse hahaha pls jangan marah i throwback skit zaman perkenalan kite dlu..kalau nak tau,jihan adalah artis pertama yg sy sentuh n berkarya.
“Zaman uitm dlu, weekend2 nak carik duit lebih sy makeup utk production..pastu jihan antara pelakonnya..n zamantu jihan baru keluar MAHARAJALAWAK,” tulisnya lalu teringat peristiwa lucu bersama bintang beranak satu itu.
Katanya, dia terpaksa solek Jihan yang ketika itu mendukung watak hantu dengan hanya menggunakan bahan asas hinga wajah wanita tersebut menjadi panas!
“So teringat satu ketika ni,sy kene makeup jihan jd hantu..sy barang makeup xbanyak..nak beli makeup effect duit xmampu..mahai..sudahnya sy pakai tisu dan WATERCOLOR jenama BUNCHO! mesti korg igt kan? ahahaha.
“Sapu satu muka jihan..jihan tanya sy “babe,,panas la muka i..mmg rasa gini ke.sy pun bisik..jihan,ni je yg alha ada..sorryy naa..i janji pakai skit je..lepas setel makeup..jihan shoot jadi hantu kene duduk kat area longkang..longkang tu tinggi n dalam hutan..perangai jihan dok huha huha.
“Esok nya pergi set..dua2 kene gigit antu:.die kene kat peha..besar tapak tangan..sy kene kat lengan. sejak tu sy rapat ngn die..die selalu pesan..babe jgn lupa diri tau..jgn lupa die..dr makeup macam yg korg tgk kat atas tu..smpi lah now sy makeup die..macam2 perubahan yg ada..nak letak kang takot kene maras
“Babe i igt ag dlu kite selalu pusing2 dalam plaza alam..teman u beli barang shooting n event..pergi kedai rm2 tu carik crown..teman u g sewa costume..mana ada je kite kann..haahha pastu yg bestnya org tegur “ni yg maharaja lawak tu ke? u boleh stop n tggu depa satu family nak amik gamba”.
“Now mesti u lari kan kalau org nak amik gamba. sekarang tgk u kat mnaa..u xpenah berubah..setiap kali jumpa u mesti pesan..”alha u dh berjaya jgn berubah tau”..yeeee i igt~ alhamdulillah~ dr dlu smpi now kite still bersahabat..jawapan yg smpi sekarang i kene jawab “macamna jihan boleh jadi makin cantik”
“Ape pun alhamdulillah now u dah happy dgn kehidupan u..n kite sama2 masih bersahabat harapnya smpi bila2..dr makeup jihan..alha kenal zarazya..next episode alha citer pulak kesah ngn zara ok! maksudnya dah 10 tahun lebih kite berkawan.
“Again maafkan i pasal BUNCHO tu..smpi now pegi kedai runcit je nampak watercolor buncho tu..i teringat u..ahhaha ampunn xbuat lagi,” tulisnya panjang lebar.
Menerusi entri terkini Ummi Nazeera, pelakon jelita ini berkongsi tips yang diamalkan setiap kali menyuntik vaksin untuk anaknya.
Ulas Ummi, dia dan suami akan cuba mengalihkan tumpuan dengan bermain sebelum, semasa dan selepas cucuk.
“Yay! Done with pneumococcal vaccine.. Alhamdulillah @ayra.aneesah good girl. ?? Tak nangis.. Pandai daddy @izzar and Dr. Bahrin layan Ayra.. Thank youuu.
“Siapa ada tips supaya anak tak menangis masa vaccine? Kalau Izzar dengan Ummi.. Kitorg distract dia SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS Cucuk. Main main dengan dia jeee.. Jom kita buat #VaccineChallenge.”