Hebat betul penangan makcik bawang (MCB) di negara kita ya sampaikan ada sebuah lagu diberi nama khas kepada semua MCB di seluruh negara.

Pelawak,pelakon dan penyanyi, Achey Bocey muncul dengan ‘single’ terbaru bertajuk Makcik Bawang.

Boleh dikatakan sepanjang lagu tersebut memang perkataan MCB sering dinyanyikan, boleh dikatakan lebih dari 20 kali disebut.

Dalam pada itu, menerusi lirik lagu tersebut, selamat untuk MH katakan bahawa lagu tersebut memang dibuat untuk semua MCB di luar sana yang memang suka ‘membawang’.

Malam ni .. kul 9 malam… di youtube @17elevenmusic … #makcikbawang

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Meskipun baru 3 hari lirik video lagu tersebut dimuat naik ke laman Youtube namun tontonan agak memberangsangkan iaitu sebanyak 330 ribu.

IKLAN

Melalui pemerhatian MH, rata-rata pendengar memberikan respon positif mengenai lagu tersebut. Ada yang memberikan idea agar ‘trending’kan lagu ini untuk memberikan penyedaran buat semua MCB di luar sana.

[VIDEO KLIP] ‘Dalam Lagu Pun Melawak’- Netizen Terhibur Dengan Lagu ‘Makcik Bawang’ Achey

[VIDEO KLIP] ‘Dalam Lagu Pun Melawak’- Netizen Terhibur Dengan Lagu ‘Makcik Bawang’ Achey

IKLAN

[VIDEO KLIP] ‘Dalam Lagu Pun Melawak’- Netizen Terhibur Dengan Lagu ‘Makcik Bawang’ Achey [VIDEO KLIP] ‘Dalam Lagu Pun Melawak’- Netizen Terhibur Dengan Lagu ‘Makcik Bawang’ Achey

Ada juga netizen yang kreatif memberikan komen mendakwa ‘dislike’ yang diterima lagu tersebut adalah daripada MCB.

[VIDEO KLIP] ‘Dalam Lagu Pun Melawak’- Netizen Terhibur Dengan Lagu ‘Makcik Bawang’ Achey

IKLAN

Sementara itu, ada juga yang meminta agar ‘pengkritik lagu’ tidak memandang serius lagu ini kerana ia hanyalah berbentuk santai.

[VIDEO KLIP] ‘Dalam Lagu Pun Melawak’- Netizen Terhibur Dengan Lagu ‘Makcik Bawang’ Achey

Pada MH, memang terhibur juga mendengar lagu ini. Yalah mungkin kerana ia mempunyai sedikit unsur komedi namun masih mempunyai mesejnya yang tersendiri.

sumber: Youtube

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI