[VIDEO] “Kenapa Tak Bagitahu Pengantin Tengah Jalan,”- Gara-Gara Asyik Makan, Anzalna ‘Terlepas’ Tengok Pengantin

Share

Pelakon dan usahawan Anzalna Nasir baru-baru ini memenuhi undangan ke majlis respsi Nelydia Senrose dan Mohd Hafez Halimi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Apa yang mencuit hati ialah apabila Anzalna yang dirakam sedang asyik menikmati makanan sehinggakan tidak perasan pengantin lalu di belakang, sedangkan tetamu yang lain fokus memandang ke arah raja sehari itu.

“@sherry_alhadad kenapa tak bagitau i pengantin tengah jalan? @missfazura kenapa kantoikan i makan banyak! Laaaa salahkan orang… Melampau la Beyoncit ni! Tapi pengantin semalam cantik gila! Congrats again @nelydiasenrose and husband,” tulisnya.

Lalu, netizen terhibur dengan cara ‘mak buyung’ itu yang sedang khusyuk mengunyah.

Video : IG Anzalna Nasir

IKLAN