Dah namanya pun pelawak, pastinya setiap gelagat, Tauke Jambu menjadi penghibur buat peminat-peminatnya.

Terbaru menerusi akaun Instagramnya, Tauke ada memuat naik sebuah video yang kononnya menyampaikan mesej supaya kita berbuka puasa dengan ala kadar sahaja.

Namun mesej berbuka puasa ala kadar itu hanyalah di depan kamera sahaja dan sebaliknya dia berbuka dengan mewah.

Video Tauke ini sebenarnya mempunyai maksud tersirat, mesej yang ingin disampaikan adalah jika kita mahu berkongsi mesej yang baik kepada orang lain pastikan apa yang disampaikan oleh kita itu ikhlas dari hati, bukan hanya sekadar menasihati orang lain tetapi diri sendiri juga tidak mengikut nasihat yang dikongsi.

IKLAN

“Kalau nak sampaikan mesej..biarlah ikhlas dari hati… selamat berbuka puasa..,” tulisnya di ruang kapsyen.

Tak dapat dinafikan video Tauke ini benar-benar membuatkan netizen terhibur dan tergelak besar.

kasisengatt: Pecah perut wehh??

IKLAN

black_streetworkout: Hahahah apo dah ? ?…mule karipap… Lpas bagi ucapan trs pindah meja sblah ye ??

kiedx_: hahahahahahahaaa deep wei. terhiburr aku hahahahs

IKLAN

lat_kartunis: bonggok laa toq… batal puasa gua mcm niee… hahaha… terbaik @taukejambu

Aduh MH pun pecah perut ketawa melihat gelagat Tauke, tapi janganlah kita sekadar ketawa sahaja sebaliknya ambil maksud tersirat yang disampaikan oleh Tauke sebagai teladan buat kita semua.

Sumber: Instagram Tauke Jambu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI