Seorang Instafamous dari Jepun, Takaaki Torihira tiba-tiba menjadi perhatian lalu viral di negara ini atas kebolehannya menyanyi lagu-lagu berbahasa Melayu dengan fasih.
Malah, video nyanyiannya juga sudah pun kerap dikongsi netizen menerusi media sosial.
Antara lagu yang pernah dialunkan lelaki ini seperti Assalamualaikum nyanyian asal Faizal Tahir, Hikayat Ben Ladin (Ben Ladin), Di Matamu (Sufian Suhaimi), Kisah Antara Kita (One Avenue Band) dan banyak lagi.
Difahamkan, Takaaki Korihira baru berusia 24 tahun dan menggunakan akaun Instagram Terry Bird. Setakat ini, bilangan pengikutnya sudah pun mencecah lebih kini memiliki lebih 5,000 orang.
Ads
Pada masa sama, dia juga berkebolehan bermain gitar sambil bernyanyi.
Pelakon Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta tidak dapat menyembunyikan rasa kagum dan hormat terhadap pengorbanan dilakukan oleh ibunya yang sanggup membesarkan enam orang anak tanpa insan bergelar suami di sisi.
Menerusi entri di Instagram, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut berharap agar suaminya, Zain Saidin dapat setia dan sentiasa berada di sisinya walau apa pun terjadi.
“Arwah daddy meninggal masa tu umuq mak 35 thn..anak 6 org, umuq adik paling bongsu baqu 50 haqi , mak tak gaduh pun nk menikah lain , sebab mak setia.. haqap2 anak mak ni pun setia @zainsaidin,” tulisnya.
Sebagai rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania Zain.
Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Pengarah dan penerbit, Jinggo yang juga merupakan suami kepada pelakon, Sheila Rusly memuat naik video isterinya sedang mengalirkan air mata.
Saat ditanya mengapa, Sheila mengatakan bahawa air mata tersebut bukanlah air mata kesedihan tetapi sebaliknya.
Rupanya-rupanya, Sheila terharu apabila Saharul sempat mendoakan dia dan suami di depan Kaabah.
“Saharul Ridzwan ada dekat Mekah, I tak pernah suruh buat apa-apa untuk I, selama ni pun apa I buat untuk dia adalah ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
“I tak pernah harap apa-apa dengan Saharul tapi rasa bersykur sebab dalam ramai-ramai artis yang I didik, masih ada yang ingat I,” katanya di dalam video tersebut.
Dalam pada itu, Sheila menerusi perkongsiannya juga sempat mendoakan agar umrah Saharul dipermudahkan.
“Antara mereka yg terpilih didalam doa @saharulridzwan sedih sangat bila sis dapat whatsapp ni.
“Tak pernah sekali sis mintak balasan dari mereka yg sis didik. Cukup sekadar menghargai. Moga allah permudahkan segala urusan kita didunia & diakhirat. Umrah mabrur insyaallah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya di Instagram.
Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.