Laman Twitter Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memuat naik satu video terbaru yang didedikasikan buat rakyat Malaysia perihal perkongsian perasaan berhubung tindakan terbaru melibatkan dirinya.

Rakaman video berdurasi lebih 2 minit itu yang dimuat naik malam Selasa itu turut menyatakan video tersebut dipertontonkan selepas beliau diambil tindakan.

“Rakyat Malaysia dikasihi, sekiranya saudara saudari mendengar mesej ini, maknanya tindakan sudah pun diambil ke atas saya.

 

“Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berhak mendapat pimpinan yang terbaik,” katanya.

Video yang turut memaparkan visual lama sebelum ini.

IKLAN

“Namun demikian, saya juga ingin menyuarakan isi hati saya kepada rakyat Malaysia yang sangat saya kasihi.

 

“Ya, memang saya tidak sempurna seperti manusia biasa. Namun percayalah, apa yang dituduh ke atas saya dan keluarga tidak semuanya benar.

 

“Ya saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat dan saya sedar bahawa kekalahan ini bermakna saya terdedah kepada lebih banyak tohmahan yang dahsyat ” itu antara katanya lagi seperti yang dipetik menerusi video tersebut.

Di bawah merupakan versi penuh isi kandungan video yang dimuat naik.

IKLAN

Terdahulu, Najib ditahan pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB pada sekitar jam 3.00 petang pada Selasa berhubung siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd.

IKLAN

Dalam satu kenyataan, tangkapan tersebut dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI