[VIDEO]  “Fuhh! Takutnya Tengok!,”- Leher Terkehel, Muka Fify Azmi Dihempas Ke Lantai

Share

Pelakon Fify Azmi telah menjalani beberapa latihan fizikal demi menjayakan watak sebagai Zain dalam filem Wira.

Fify yang juga finalis Dewi Remaja 2014/2015 ada berkongsi video yang memaparkan latihan yang dilakukan, namun dia telah mengalami sedikit kecederaan di bahagian lehernya.

“Bukan senang untuk menjayakan setiap watak tanpa latihan dan kesungguhan ?? #wira2019 #fifyonset #nangkabusuk#dibantingsamaismi,” tulisnya. 

Video yang telah disunting dengan menggunakan teknik perlahan (slow-mo) melihatkan bahagian leher finalis Dewi Remaja 2014/15 itu sedikit terkehel dan bahagian mukanya dihempas kuat ke lantai.

Lalu, netizen memberikan komen yang pelbagai terhadap video berkenaan.

Malah, ada juga yang mengambil berat terhadap latihan yang dilakukan Fify itu.

Terdahulu, Fify yang terkenal dengan rambut panjang dan bersifat feminin, terpaksa mengorbankan rambutnya bagi menjayakan watak Zain dalam filem Wira arahan Adrian Teh.

Video : IG Fify Azmi

IKLAN