[VIDEO] Elizabeth Tan Bersenam Sampai Berpeluh-Peluh, Ramai Pula Lelaki Nak Tolong Lapkan!

Share

Baru-baru ini, penyanyi Elizabeth Tan ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya yang kelihatan penat selepas bersenam.

Menerusi rakaman video tersebut, penyanyi yang terkenal dengan lagu Semua Sudah itu kelihatan mengenakan baju-T kelabu sambil berbaring di gim.

“Setiap kali lepas workout mesti rasa mcm nak mati. Siapa lg mcm ni? Lol,” tulisnya ringkas.

Lalu, rakaman video tersebut telah menjadi perhatian peminat kepada penyanyi berusia 26 tahun itu.

Serentak dengan itu, Elizabeth atau sinonim dengan panggilan Lizzy menerima komen yang pelbagai daripada peminatnya.

Rata-rata peminat terpegun melihat kecantikan Lizzy yang sangat cantik meski dalam keadaan berpeluh.

Malah, rata-rata komen pula dari peminat lelaki yang meninggalkan komen pelbagai.

Untuk rekod, Lizzy atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei telah dilahirkan pada 18 November 1993 di Kuala Lumpur.

Foto : Instagram Elizabeth Tan

IKLAN