Dukacita dimaklumkan apabila pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad,maut dalam kemalangan antara Toyota Estima dengan sebuah lori di Pattani, Thailand, awal hari ini.
Malah, perkara itu dikongsikan anak Allahyarham, Iqbar Hakim yang juga merupakan Pengurus Pemasaran produk kecantikan tersebut.
“Assalamualaikum semua. Saya ada berita sedih..Saya baru sahaja selepas kehilangan bonda tercinta disebabkan kemalangan jalan raya.Saya dalam perjalanan pulang ke kampung..
“So kpd semua tolong sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bonda saya,” katanya sebak.
Ratu Rock Negara, Ella telah memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram miliknya.
Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin berkongsi gambar ketika dia menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah.
“Kami bermusafir ke bumi anbiya. Beberapa hari di Madinah melepas rindu sebelum berangkat menuju ke Mekah .”
“Semoga anda semua bakal dapat berkunjung ke mari untuk ziarah mahupun melengkapkan rukun islam ke 5 , mengerjakan haji di mekah”
“Ella ucapkan selamat menikmati bulan Ramadhan.Kekal positif , kerana hidup ini terlalu singkat! #masjidnabawi #peaceloverindu Dress by @cintaabaya”tulisnya.
Di samping itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Retak itu turut mendoakan kepada peminatnya semoga diberi peluang dan rezeki untuk pergi ke tanah suci Mekah.
Dalam pada itu, peminat turut juga mendoakan segala urusan penyanyi yang berusia 52 tahun itu dipermudahkan.
Alhamdulillah, Ella berpeluang untuk menyambut ramadan di tanah suci Mekah, semoga semua urusan Ella dipermudahkan oleh Yang Maha Kuasa.
Penyanyi dan penulis lagu, Aizat Amdan mengakui jarang meluangkan masa bersama arwah bapanya kerana sibuk dengan tuntutan kerja.
Bagaimanapun, dia tetap berasa syukur kerana Allah masih memberinya peluang untuk menjaga bapanya itu sepanjang setahun terlantar sakit akibat angin ahmar.
“Saya mengaku saya memang jarang sangat luangkan masa dengan ayah saya selalu. Saya dulu takut dengan ayah saya ada jarak antara kami. Ayah saya seorang yang agak garang dan tegas.
“Tapi alhamdulillah tuhan telah berikan saya masa dalam satu tahun itu dia terkena stroke dan terlantar di atas katil. Saya kena jaga dia macam mana dia jaga saya sewaktu kecil. itulah doa yang sering kita baca dalam solat kita.
“Saya bersyukur saya dapat jaga dia, basuh najis dia dan mandikan dia. Bukan saya seorang sahaja tapi seluruh ahli keluarga saya,” katanya.
Aizat berkata demikian ketika ditemui di Pelancaran Video Muzik Angin Lalu & Mini Showcase Aizat Amdan di The Gardens Theater, Mid Valley pada Jumaat.
Tambah Aizat lagi, lagu Angin Lalu ini adalah luahan hatinya secara peribadi terhadap pemergian bapanya itu.
“Ini adalah luahan hati saya secara personal. Mungkin apabila ayah saya hilng tu, ramai orang yang betul-betul concern dan tersentuh.
“Kerana itu baru saya tahu impak ayah saya dengan orang lain,” katanya lagi.
Selain muzik video, lagu Angin Lalu ini turut disertakan dengan sebuah filem pendek yang sangat menyentuh hati dan ianya boleh ditonton di laman Youtube.
Terdahulu, Aizat turut menerima penghargaan daripada pihak Warner Music apabila lagu Sampai Ke Hari Tua menerima anugerah 4X Platinum.
Menerusi majalah Mingguan Wanita edisi Mei Volume 1, pelakon dan hos senior, Raja Azura ada berkongsi mengenai situasinya sekeluarga dalam menjalani ibadah puasa tahun ini.
Katanya seperti yang dipetik, sama seperti para ibu lainnya, dia akan memasak serta menyediakan juadah untuk berbuka.
“Pada bulan Ramadan saya akan masak. Walaupun rumah saya terletak berhampiran bazar Ramadan, saya tidak akan beli makanan di sana. Biasanya ketika berbuka puasa kami tidak makan nasi.
“Saya akan masak apa sahaja makanan yang anak suka. Saya hanya masak makanan berat ketika waktu sahur. Cuma pada tahun ini, rumah saya agak sunyi sedikit kerana anak-anak tinggal di asrama.
“Ketika Ramadan, saya dan keluarga akan buat aktiviti yang akan mengeratkan aktiviti keluarga. Biasanya saya akan tengok dahulu jadual persekolahan anak-anak. Bila waktu cuti barulah aktiviti ini akan diadakan,” kata pemilik nama lengkap YM Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini lagi.
Bagaimanapun memandangkan anak-anaknya tinggal di asrama, mereka sekeluarga hanya akan dapat melakukan terawih bersama-sama andai setiap anggota keluarga ada di rumah.
“Apabila semua ada di rumah, kami akan solat terawih bersama-sama. Emak dan keluarga abang saya juga akan turut sama melakukan solat terawih tersebut.
“Aktiviti itu biasanya dibuat di rumah saya. Insyaallah ini adalah tahun ketiga kami melakukan aktiviti ini,” cerita Kak Engku.
Malah, bercakap soal menu pula, bintang yang sinonim dipanggil Kak Engku ini bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang tidak memilih makan.
“Tetapi lauk yang paling mereka suka antaranya adalah ayam masak kicap, kari ikan dan ayam goreng berempah. Bagi saya penting masakan air tangan ibu dalam membesarkan anak-anak.
“Ketika memasak juga saya ikut petua orang tua-tua dengan membaca selawat sebanyak tiga kali. Apabila basuh beras saya selalu berdoa mudah-mudahan rezeki yang kita beri menjadi darah daging anak-anak dan diharapkan anak-anak menjadi anak yang soleh, anak-anak juga selalu akan ingat kita.
“Tetapi saya tidak tahulah apa yang orang sekarang buat atau tidak. Saya ini hidup dengan emak. Saya cakap terus-terang. Nama sahaja saya ini artis tetapi saya tidak ada kawan rapat artis. Hidup saya di dalam rumah sahaja. Habis kerja saya akan balik ke rumah. Kawan saya adalah anak-anak, sepupu saya dan emak dan bapa saya,” luahnya lagi.
Sebenarnya, banyak lagi yang dikongsikan pelakon drama ikonik, Pengantin Popular ini menerusi Mingguan Wanita. Kalau nak tahu lebih jangan lupa untuk dapatkan majalah ini edisi terkini ni okay!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.