[Video] “Cium…Cium!” – Peminat Usik FattZura, Fattah Buat Muka Terkejut di Showcase Isterinya!

Lucu bila mana ada salah seorang peminat secara spontan mengusik Fattah kala mengalunkan single, Cinderella bersama Nur Fazura saat dijemput menyanyi bersama isterinya itu di OneMusic, Live Session With Fazura pada Ahad.

“Cium…Cium!” jerit salah seorang peminat hingga membuatkan Fattah memberikan reaksi muka terkejut sambil diiringi sorakan para peminat setia mereka.

Terdahulu, pada persembahan eksklusif yang telah diadakan di Clarke Ballroom, Le Meridien, Kuala Lumpur dengan kerjasama OneMusic, pelakon Pisau Cukur itu mengalunkan lapan buah lagu di hadapan 400 peminat bertuah termasuk jemputan khas.

OneMusic merupakan aplikasi di mana para peminat boleh aktif di sosial media sambil mendengar lagu-lagu melalui streaming.

IKLAN

“Saya berdoa semoga persembahan ini dipermudahkan. Saya sangat bersyukur dan apa yang diberikan pada hari ini, lebih daripada yang saya harapkan. Tak sangka ramai yang datang. Kehadiran suami adalah perancangan yang memang sudah dirancang.

 

“Apa pun, saya dan Fattah sangat gementar bila kami membuat persembahan, tambahan pula jadual kerjanya juga cukup ketat. Tapi kami teruja dan seronok bila dapat menghiburkan peminat,” kongsinya kepada MH.

Pada masa sama, pelakon ini juga ada merancang mahu mengadakan persembahan sama di luar Kuala Lumpur.

IKLAN

“Saya juga ada rancang untuk lakukan persembahan di luar kuala Lumpur khusus bagi menghiburkan peminat sama ada di Pahang, Johor, Pulau Pinang dan sebagainya. Apa pun saya mengharapkan peminat enjoy kali ini dan semoga perancangan ini akan menjadi kenyataan,” akhiri Faz jujur.