Sering dihujani dengan kritikan netizen dek si suami kepada penyanyi Shila Amzah, Haris Idraki Elias yang kurang fasih berbahasa Melayu, Shila ada berkongsi video mereka berdua.
Bintang itu ada memuat naik sebuah Vlog di Youtube yang merakamkan Haris berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Video berdurasi 10 minit itu dapat dilihat Haris dan Shila yang sedang berbual dalam bahasa ibunda.
Haris yang juga bekerja dalam sektor kewangan di kota London dilihat agak kekok dalam penggunaan bahasa tersebut tetapi mencuba sebaiknya.
Ads
Lalu, netizen turut memuji kebolehan dan kesungguhan Haris berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Ads
Ads
Terdahulu, Haris pernah dikritik apabila menggunakan bahasa Inggeris ketika majlis lafaz akad nikah.
Isteri kepada pelakon Syukri Yahaya ada berkongsi keratan video tular berhubung badai ‘belalai air’ serta hujan lebat beberapa hari lalu di Tanjong Tokong, Pulau Pinang, beberapa hari lalu.
Kongsinya menerusi Instagram, dia rasa meremang apabila menonton sedutan rakaman berkenaan dan mengakui Dia berkali-kali memberikan umatNya peluang untuk bertaubat.
“Happened in Tg. Tokong, Penang. Allahuakbar.. meremang rasa bila tengok video ni.. Benarlah, Allah berkali-kali bagi kita peluang untuk bertaubat tanpa jemu.. tapi kita? masih LEKA.
“Sedangkan dunia hanyalah pinjaman untuk kita semua,” tulisnya.
Pasangan selebriti, Khai dan Rosma sudah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun.
Sekali gus, Rosma telah berkongsi detik indah saat bergelar suami isteri di Instagramnya sebentar tadi.
“16 thn, bertunang kejap je 2jam Dan hari ni 26 April genaplah usia rumahtangga kami 11thn.
“Alhamdulillah.. En.khai,awk imam saya dan insyaAllah,semoga Kita dpt berpegangan tangan utk masuk Syurga sama-sama.
“Tq sbb bimbing ayg jadi isteri yg lebih baik walaupun bini awk ni kadang-kadang mcm tarzan kat rmh.??? Tq terima ayg seadanya..?? Tq utk semuanya. Ayg sayang..sayang lillahitaala,” tulis Rosmah.
Foto tersebut melihatkan pasangan yang lahir menerusi program realiti Akademi Fantasia itu berada di sebuah pantai dengan berlatarbelakangkan matahari terbenam (sunset).
Terdahulu, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata ketiga pada 12 April lalu , selain dua orang cahaya matanya, Muhammad Amzar Danish, 9 dan Nur Amani Damia Mohd, 4.
Foto : Instagram Khai & Rosma
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi kesedihan akibat pandangan sesetengah netizen terhadap dua anak syurganya iaitu Azal dan Azil, Zarina Zainuddin menerusi segmen Apa Kes di Berita Harian, pelakon tersebut meluahkan rasa hati terhadap pasangan kembarnya itu.
Beberap hal dibincangkan, termasuk isu perkahwinan membabitkan mereka berdua.
Kata Zarina, Azal sering kali berkeinginan untuk memiliki teman wanita dan melangkah ke alam perkahwinan, namun siapa yang mahukannya?
“Dia dah 23 tahun, kalau besar ni orang dah ada girlfriend dah. Keluar, dating, jalan-jalan. Ada perasaan. Walau pun dia tak ada girlfriend. Dia kata perempuan ni cantik tapi siapa yang nak dengan dia kan?”
Malah, pelakon jelita ini turut kecewa dengan komen netizen yang disifatkan bagai mempersenda keadaan anaknya.
“Kadang kadang saya baca dekat IG pun saya sedih. Hey pakwe kau. Eei, tolonglah. Pakwe kau kot.
“Pandangan orang kan. Ada juga yang suka tapi biarlah, akak pun tak kisahlah.
“Bila tengok gambar perempuan, dia suka perempuan cantik.
“Saya tahu dia suka, dia pernah cakap dengan saya dia nak kahwin. Dah besar dia nak kahwin. Dia dah ada keinginan,” ulasnya sebak.
Turut terkesan dengan perkongsian pelakon berusia 48 tahun ini, netizen menasihati agar individu yang meninggalkan komen supaya menjaga perasaan insan lain.
Janganlah melontarkan kata-kata nista walaupun sekadar gurauan.
Sebaiknya, diam sahaja jika tiada apa komen yang baik untuk dikatakan.
Foto – Instagram ABPBH31
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.